Alamat blog

berikut adalah berita dari Sinar Harian Edisi Melaka Negeri sembilan yang menceritakan bagaimana Hidhir (ADUN Merlimau) ingin memberikan pingat emas kepada ibu yang menyusukan anaknya dengan susu ibu.

Zaman berubah, susu ibu sudah oleh dipolitikkan jika mahu.

MERLIMAU - Ibu yang menyusu bayinya dalam tempoh sejam selepas kelahiran dan secara konsisten bagi enam bulan pertama, layak mendapat pengiktirafan sebagai juara atau boleh diibaratkan sebagai penerima pingat emas seperti ahli sukan yang menyertai Olimpik.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan, dalam teks ucapan yang dibacakan Penghulu Dewan Undangan Negeri (DUN), Lazan Ali berkata, seorang ibu sangat memerlukan sokongan seperti ahli sukan yang menyertai Olimpik.

“Jika atlet ingin berjaya di dalam sukan tersebut, mereka menggabungkan keazaman dan iltizam dengan sokongan daripada ahli keluarga, jurulatih, anggota pasukan dan pihak kerajaan.

“Keadaan yang sama diperlukan oleh ibu untuk memperkasakan penyusuan susu ibu dan usaha yang konsisten dan secara bersepadu daripada semua kumpulan masyarakat untuknya harus dianugerahkan dengan pingat emas,” katanya pada majlis perasmian sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu 2008 peringkat daerah Jasin, kelmarin.

Turut hadir, Pegawai Kesihatan daerah Jasin, Dr Rusdi Abdul Rahman, Pakar Kesihatan Keluarga Hospital Jasin, Dr Norzaidah Sulaiman dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Zainuddin Abu.

Katanya lagi, pengiktirafan pingat emas membawa makna kesedaran terhadap kelebihan dan kelaziman penyusuan susu ibu dan ia melambangkan usaha terbaik oleh individu atau kumpulan dalam menyokong ibu yang menyusukan bayi.

“Di samping itu, terdapat juga beberapa faktor yang mendorong kepada kegagalan penyusuan ibu secara eksklusif, antaranya kepercayaan bahawa bayi yang diberi susu ibu juga perlu diberi air tambahan dan ia sangat berleluasa di Malaysia.

Kekurangan pengetahuan dan kemahiran dalam meneruskan penyusuan susu ibu serta pemberian makanan pelengkap turut menyumbang kepada kadar penyusuan eksklusif yang rendah,” jelasnya.

Katanya, kekurangan kemudahan serta sokongan penyusuan susu ibu di tempat kerja adalah merupakan salah satu faktor punca kegagalan penyusuan ibu secara eksklusif.

“Sebagai contoh, ketiadaan peruntukan waktu kerja anjal, ketiadaan pusat jagaan kanak-kanak, bilik dan kemudahan perahan susu ataupun ketiadaan kumpulan sokongan penyusuan susu ibu di tempat kerja.

“Menyedari permasalahan ini, tema penyusuan pada tahun ini adalah lebih memberi fokus kepada ‘Bulatan Sokongan’ yang merangkumi keluarga dan rangkaian sosial, sistem penjagaan kesihatan, tempat kerja dan majikan, kerajaan dan perundangan serta respons kepada krisis dan kecemasan.

“Ini adalah sebagai langkah untuk memastikan kesemua ibu dapat meneruskan penyusuan susu ibu dengan lebih baik dan berkesan,” katanya.

Beliau turut berharap supaya semua pihak dapat memainkan peranan masing-masing dengan lebih baik dan berkesan dalam menyokong amalan penyusuan susu ibu.


Para pendokong penyusuan ibu seperti Wawa dan Kakjie, mesti gembira membacanya.
Akan tetapi tidak pula dinyatakan samada pemenang pingat emas itu mendapat 1 juta Ringgit atau tidak.

Pada mulanya saya mushkil juga bagaimana hidhir boleh berkata sebegitu, "rupanya teks ucapannya dibaca oleh......".

Baru sahaja dulu, Muslimat PAS dicadangkan supaya menjuarai kempen penyusuan Ibu, UMNO sudah bertindak.

Politik Susu Ibu politik yang sihat, Mana tak sihatnya kalau minum susu ibu.

Mungkin selepas ini, Puan Emy akan cepat-cepat beranak anak ke 3 supaya lebih mudah melaksanakan kempen susu ibu di peringkat Puteri UMNO pula. Dan boleh dapat Pingat Emas.

Selepas ini kita boleh berniaga "longan buatan cina". hehehe


Memang saya tidak nafikan, kekurangan pengetahuan adalah satu punca utama kegagalan penyusuan susu ibu terutama bagi yang bekerja. Ramai lagi masih berfikiran seperti zaman dahulu, mengamalkan mitos, "susu ibu hanya sesuai untuk wanita tidak bekerja".

Ramai wanita tidak tahu yang susu ibu boleh disimpan lama-lama, sehinggakan kalau si ibunya berkursus seminggupun, si anak boleh menikmati makanan hariannya itu.

Memang benar wujudnya beberapa masalah, seperti ketiadaan tempat khas untuk memerah.
Err bukankah surau perempuan secara tak rasmi dijadikan "port" memerah?

Penyimpanan?
Bukan semua wanita suaminya jual Ais Krim Walls.

Satu masalah tambahan ialah kos untuk membeli pam adalah tinggi. Ada yang murah, akan tetapi yang jenama spectra itu mahal.

Kalau ada satu kelompok ibu yang berkongsi kos, kemudian meminjamkan pam itu kepada ahli untuk tempoh 6 bulan.

Takkan saya nak mulakan inisiatif buat pooling untuk Pam?
Wawa, cepatlah tubuhkan pakatan. Boleh dapat pingat emas.




Berpusing!!!!!!

6 komen

  1. Azurah Anuar // 24 Ogos 2008 pada 11:37 PTG  

    baru tadi dalam kereta kita cakap2 macamana nak dapat duit lebih kan, rupanya dah ada pingat emas, cuma takde janji dapat 1 juta.

    mungkin cadangan nak buat blog khas utk penyusuan susu ibu boleh difikirkan.

    nak kena kumpul kawan ramai2 pasal nak buat NGO tuh.

    sayang sekali kan Muslimat PAS Melaka tak ambil langkah proaktif masa dicadangkan hari tuh.

    Saya pulak masih Puteri AMENO hehehhe.

  2. Hasbullah Pit // 24 Ogos 2008 pada 11:44 PTG  

    Wawa:

    Muslimat Jasin la..

  3. Azurah Anuar // 25 Ogos 2008 pada 12:17 PG  

    haa silap.

    maafkan daku.

  4. emy // 25 Ogos 2008 pada 4:12 PG  

    SEbol...tq sesangat kerana mendoakan saya dapat anak yang ke-3cepat... saya memang nak sangat..tapi belum ada rezeki...wawa....alah, puteri UMNO pun apa salahnya.... sama jek yang penting kita ni ibu jugak..yg cuba menyusukan anak2.
    My first baby boleh tahan till 6 bulan,
    yang kedua tak sampai sebulan...da selamat dah ayaq.....
    huhuhu...mungkin cdgn sebol ada gunanya....

  5. Tanpa Nama // 25 Ogos 2008 pada 12:52 PTG  

    KakJie jadi Penaung saja lah ye... sudah berenti beranak dah

  6. Tanpa Nama // 26 Ogos 2008 pada 9:59 PTG  

    Pam mahal? susu formula long term lagi mahal. Harga makin lama makin naik. Pam 300++ pakai utk 2 tahun, jadi murah byk la tu :-) Itu belum masuk kelebihan bayi kurang ke klinik, jadi kurang lagi belanja klinik dan minyak kereta nak hantar anak ke klinik.

    Cuba lah ke susuibu.com
    Dia org sgt aktif bergabung bersama hospital, media dan juga public...