Alamat blog

Lihat cekupan skrin kekotak borak di laman blog Mutaligat.




Bila ahli politik UMNO Kampung mula masuk ke alam siber, itulah jadinya.
Segala hujah yang sesuai untuk penyokong UMNO kampung Tedong dan Sempang mula keluar ke alam siber.

Mari kita mengiakannya.

Ya lah, kalau tiada UMNO dan Barisan Nasional, tiada Menara Kuala Lumpur. Menara Kuala Lumpur dibuat mengunakan duit UMNO, bukan duit kerajaan persekutuan atau duit kerajaan Negeri.

Kalau UMNO tak ada yang sokong, maka tak adalah Menara Kuala Lumpur.

Putrajaya bukan dibuat menggunakan duit PETRONAS, tapi dibuat oleh duit UMNO, duit yuran ahli dia yang dia kumpul ramai-ramai, maka jadilah putra jaya.

Kerana itu kita kena sokong UMNO, kalau UMNO kalah, nanti dia angkat semua bangunan di Putrajaya itu bawa balik ke cawangan-cawangan UMNO.

Eh, Rupanya Lebuhraya pun dibuat menggunakan duit UMNO, kalau UMNO kalah, nanti dia angkat lebuhraya itu bawa balik simpan dibelakang rumah Pengerusi JKKK.

Keretapi?
Jaringan keretapi kerajaan British yang buat, Kerajaan BN tambah sedikit sahaja.
Kita patut bersyukur kerana UMNO telah berjaya membuatkan British tak bawa balik rel keretapi ke negara mereka.




Berpusing!!!!!!

6 komen

  1. perjuanganku // 24 Ogos 2008 pada 10:21 PG  

    kau cakaplah ape2 pasal kampung tedong ke sempang, kau hinalah, tak jadi barahpun pada kami orang-orang muda. kami tahu kalu jenis awak ni hanya mampu melontarkan pendapat atau pandangan hanya dalam laman blog ni je,kami cabar awak buat sesuatulah untuk budak2 muda..?. Sekurang-kurangnya aku bersyukur kepandaian aku hari ini adalah perit jerih orang tua aku menyekolahkan aku walaupun dalam keadaan sukar sekalipun. tekad mereka pada UMNO tak luntur sama sekali, walaupun ditakdirkan tiada pembagunan sekalipun .aku tahu, perjuangan UMNO tetap sebuah perjuangan, kerana Allah yang maha kuasa yang membantu.

  2. Tanpa Nama // 24 Ogos 2008 pada 11:13 PG  

    pembela umno sudah berkunjung. umno oh umno

  3. si lembik's // 24 Ogos 2008 pada 3:35 PTG  

    jangan sampai jadi syirik udahla...meletakkan manusia yang tidak berkuasa sebagai kepercayaan sedangkan semua itu hanyalah dari ketentuan Allah yang maha esa..

  4. Bulan Penuh 2012 // 24 Ogos 2008 pada 3:49 PTG  

    kalau aku lari cukai, kena jel!

    bila aku bayar cukai ngaku duit mak bapak dia pulak!

    masalah otak bila cakap pasal kelompok sekular umno ni

  5. Tanpa Nama // 24 Ogos 2008 pada 5:51 PTG  

    berputar alam dengan umno sekarang. minyak dah turunlah sebab pilihanrayalah punya pasal.

  6. Tanpa Nama // 24 Ogos 2008 pada 8:11 PTG  

    politik umno politik kebetulan...