Alamat blog

Kalau dikira dengan bilangan peserta, ianya agak ramai.
Kalau dikira daripada kepuasan peserta, mungkin Ya mungkin tidak.

Bagi sesiapa yang belum tahu berblog, mungkin ianya satu platform yang memuaskan.
Bayar RM 5 dapat 2 buku, dapat belajar.

Bagi siapa yang sudah ada blog, mungkin bagi dirinya ingin tertanya-tanya, siapa lagi yang sudah ada blog, saya nak kenal.

Mungkin siapa yang sudah ada blog ingin kan sesuatu yang lebih.
Mungkin itu pengisian babak ke 2 Seminar Blogger PAS Melaka.

Yang paling mengembirakan saya ialah kehadiran Prof Hamirdin, datang dari jauh, terus balik kampung.
Perbezaan orang yang cintakan ilmu dengan tidak, ialah kesanggupan untuk datang dari jauh untuk sesuatu majlis ilmu.

Saya banyak meluangkan masa untuk menunjuk ajar Fauzi, yang saya harapkan akan menjadi blogger tersohor, berdasarkan satu tulisannya yang menyentuh nasib pekerja.

Jemput baca:

  1. Ulasan Angkasanuri
  2. Ulasan Mutaligat
  3. Ulasan Prof Hamirdin




Berpusing!!!!!!

7 komen

  1. Tawel Sensei // 5 Ogos 2008 pada 9:26 PG  

    Harap-harapnya para blogger senior yang pergi ke seminar ni, bolehlah kurangkan penyakit entri copy-paste yang terlampau :)

  2. Hasbullah Pit // 5 Ogos 2008 pada 10:04 PG  

    Tawel:

    Greenboc dah terangkan kandungan mesti original.

    Tak pasti ianya masuk kepala otak atau tidak.

  3. mek chabang4 // 5 Ogos 2008 pada 11:33 PG  

    bila lagi na buat seminar blogger 2 pula?harap harga tetap sama buku cenderahati kalau boleh lebih,dan kalau boleh ada jamuan makan tenghari nasi briyani,apa macam kalau jadi,mek akan hadir lagi.

  4. Hasbullah Pit // 5 Ogos 2008 pada 11:43 PG  

    mek chabang4:

    Next mungkin perjumpaan biasa sahaja.

  5. jasindaily online // 6 Ogos 2008 pada 12:26 PG  

    to bri sebol...kawan ada discuss secara ringkas antara hj shaha ngan utz kamal termasuk ngan GB, depa harap ada program susulan..pejumpaan tetap akan dbuat..erti kata, seminar blog ke 2 akan cuba dilaksanakan...bila tu, tak pasti..hope jangan sampai kawan dah tranfer kat KL..kui kui kui

  6. Hasbullah Pit // 6 Ogos 2008 pada 12:37 PG  

    Jasindailyonline:

    Kau belum klik link pada emel untuk terima jemputan.

    Aku rasa masa yg terbaik untuk perjumpaan ialah 6 bulan dari sekarang.

    seminar 1 tahun.

  7. si lembik's // 6 Ogos 2008 pada 2:26 PG  

    kawan nak jumpa bro..tapi bagi setel muktamar dulu.....kawan kurang paham berkenaan dengan klik link pada email..bole xplan bagi detail