Alamat blog

Harga minyak baru diturunkan 10 sen selepas mesyuarat kabinet. Dalam erti kata lain, orang politik yang duduk dalam kabinet itu menentukan bila dan berapa harga minyak dinaikkan atau diturunkan.

Dulu kononnya harga minyak dikekalkan pada tahap harga minyak semasa - 30 sen. Namun tiap kali ianya hendak diubah, perlu mensyuarat kabinet.

Apa pandangan pelabur?

Pakatan Rakyat pula turut mempolitikkan harga minyak dengan menurunkan secara pengsubsidian tambahan.

Dipendekkan cerita, kiri kanan harga minyak ditentukan oleh ahli politik.

Kiri kanan sibuk cerita tentang pelabur asing tetapi kiri kanan tidak mesra pelabur.

Kalau benar Kerajaan semasa telah menetapkan subsidi kekal pada 30 sen, sambil meletakkan harga syiling tahun ini, maka kekalkanlah ia.

Mengapa perlu dibundarkan kenaikan harga minyak kepada 5 sen terdekat?

Bukankah ianya lebih menampakkan ianya ditentukan oleh ahli politik berbanding pasaran?

Perbezaan kenaikan/penurunan 15 sen dan 10 sen memang terlalu tinggi kalau dikira secara bulanan.

Ada cadangan lain supaya ia berasaskan minggu atau 2 minggu sekali.

Takkanlah kalau seminggu sekali perubahan harga kabinet perlu bermesyuarat?

Saya lebih suka harga berubah pada masa yang lebih pendek, seperti 1 minggu atau 2 minggu. Namun harga itu bukanlah berdasarkan harga semasa, tetapi berdasarkan "moving average" 3 bulan.

Maka barulah nampak harga benar-benar berubah dan perubahan itu akan menjadi lebih kecil , kurang dari 5 sen setiap minggu.




Berpusing!!!!!!

2 komen

  1. Gelombang Rakyat // 25 September 2008 pada 9:38 PG  

    Hasbullah Pit,

    Saya bersetuju bahawa sudah tibalah masanya, pada tahun 2100 ini, bila Pak Lah tidak lagi jadi Perdana Menteri Malaysia, maka kabinet jemaah menteri kerajaan tidak lagi membuat keputusan perihal harga petrol dan diesel.

    Macam lah depa tak dak gheja laen.

    Jadi, sebagai PM yang baru, saya telah membuat keputusan supaya:

    Penetapan turun naik harga diserahkan kepada gabungan...

    Pertubuhan Para Pemandu Teksi Berdaftar Guna Meter Se-Malaysia.

    Persatuan Para Pemandu Bas Sekolah Rendah dan Menengah Malaysia.

    Perkumpulan Mat Rempit Bandar Desa Baru Yolpen.

    Dukacita dimaklumkan bahawa permohonan dari Persatuan Para Penunggang Basikal Tua Kuala Lumpur, untuk menyertai jawatankuasa ini telah pun ditolak.

    Jadi, bloggers sehebat Hasbullah Pit bolehlah tumpukan kepada pos Dinar Emas, Telco, Spam, dan lain-lain lagi, yang lebih berharga dari otak sposen kabinet para menteri Barisan Nasional.

  2. Tanpa Nama // 25 September 2008 pada 1:25 PTG  

    Siapa lagi yang nak kawal jika bukan politik? Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan semua menteri, semua wakil rakyat, semuanya terlibat di dalam politik. Mana ada yang tak terlibat dengan politik.