Alamat blog

Saya baru sahaja menonton iklan Raya PETRONAS di Laman blog WhiteNaval.

Memang pedas PETRONAS hentam telco (Syarikat Telekomunikasi).

Iklan itu menunjukkan betapa lemahnya Sistem telekomunikasi di kawasan luar bandar sehingga GPRS pun tidak ada.

Sudahlah "telefon" rosak, Tidak pula dinyatakan telefon yang rosak atau talian yang rosak.

Anggaplah hanya telefon yang rosak, maka sepatutnya Komputer riba boleh menggunakan PSTN untuk sambung ke internet, akan tetapi, iklan itu menyerlahkan ketiadaan modem PSTN pada Macbook sebagai punca pemuda itu terpaksa ke pekan.

Selepas 51 tahun merdeka, masih ada lagi kawasan kampung yang tidak menerima GPRS dan PSTN yang tidak stabil?

 --

kemaskini 3:20 pm

Jangan lupa bacaPandangan PakciQue




Berpusing!!!!!!

16 komen

  1. rastom // 24 September 2008 pada 1:06 PTG  

    Telcos Malaysia memang patut dihentam bukan saja oleh Petronas, malah seluruh warganegara yang selama ini diperdayakan oleh mereka dengan perkhidmatan yang bermutu rendah dengan harga yang mahal. Lihat pejabat pejabat mereka dan perks yang dinikmati oleh eksekutif mereka dan bandingkan dengan mutu perkhidmatan yang mereka berikan. Hampeh!

  2. Tanpa Nama // 24 September 2008 pada 1:58 PTG  

    iklan ni sgt bagus ... motif dia bukan pasal laptop n handphone ... tapi pasal anak muda masa kini .... workaholics .....

  3. Tanpa Nama // 24 September 2008 pada 2:22 PTG  

    it's a subtle message tp memang kena tepat kat kepala telcos... padan muka.... hahah

  4. Hasbullah Pit // 24 September 2008 pada 2:22 PTG  

    Sejauh mana kebenaran orang muda masa kini workaholics?

    DEB sudah boleh dihapuskan?

  5. Gelombang Rakyat // 24 September 2008 pada 2:24 PTG  

    Pasal apa pulak Petronas hentam? Pedas pulak tu.

    Kalau Telco tak kisahlah. Ini apple pun depa hentam.

    Tak elok membazir buah-buahan di bulan puasa ini.

    Dari hentam apple, baiklah sedekah kat masjid, ada jugak baiknya.

  6. Gelombang Rakyat // 24 September 2008 pada 2:26 PTG  

    Aku setuju Rastom kata.

    Ini Hasbullah Pit apa pasal pula nak beri kebenaran orang muda alkoholik pulak?

    Bulan puasa ni eloklah depa insaf.

  7. Tanpa Nama // 24 September 2008 pada 2:41 PTG  

    Iklan petronas ni memang menyindir secara tidak langsung syarikat telekomunikasi yang ada di negara kita.

    walaupun kurg menyengat dan menyentuh hati, tapi tetap menarik untuk dijadikan satu lagi koleksi Iklan Raya Petronas.

    Cuba teka ada berapa banyak OK disebut?

    Jawapan ada di SINI

  8. Hasbullah Pit // 24 September 2008 pada 3:18 PTG  

    Zubli:

    "Kalau Telco tak kisahlah. Ini apple pun depa hentam."

    Apple memang bersedia kena hentam.
    Nasib baik PETRONAS kat buat iklan persoalkan kenapa iMac tiada Cakera liut.

  9. Gelombang Rakyat // 24 September 2008 pada 3:49 PTG  

    Hasbullah Pit

    Pada saya jika Cereka liut, lebih baik buat Cerekarama Pendek Untuk tontonan di TV di 1 Syawal.

    Ada gak faedahnya.

  10. aizam // 24 September 2008 pada 4:15 PTG  

    kesian kat telco.. memang mereka menawarkan perkhidmatan yang lemah dengan caj yang tinggi.. Apa nak buat caj yang dikenakan ditentukan oleh kerajaan kerana telco adalah sykt GLC. Bukan mereka nak sangat caj mahal tapi keuntungan dikawal oleh kerajaan..

    Salahkan kerajaan lagi.. uhhh x boleh ke dalam sehari kalau aku x salahkan kerajaan dalam hal kehidupan remeh temeh aku?.. tp apa nak buat itu kebenaranya..

  11. Tawel Sensei // 24 September 2008 pada 11:49 PTG  

    Ni la salah satu kesan buruk akibat pengswastaan Telekom.

  12. Tawel Sensei // 24 September 2008 pada 11:52 PTG  

    Eh ada sesiapa yang tahu dengan kisah terbaru seorang lelaki Malaysia yang dapat bil telefon sebanyak $218 trillion?

  13. Tanpa Nama // 25 September 2008 pada 2:27 PTG  

    riuh pula ruangan komen pasal iklan petronas kali ni

  14. Tanpa Nama // 25 September 2008 pada 11:11 PTG  

    takkan telco yg ada kat m'sia ni GLC jek...lain2?

  15. Tanpa Nama // 26 September 2008 pada 3:51 PTG  

    Salam...walau apa pun, talian telekomunikasi tetap dimonopoli TM..takleh nak kata apa... talian tu pun disewakan kat telco... isk..

  16. Tanpa Nama // 8 Disember 2008 pada 2:32 PTG  

    hehe..masa harga minyak naik dulu lagi ramai orang menyumpah petronas dan syarikat minyak lain..hehehe

    nak tau kenapa telefon rosak dan lama tak baiki? Sebab mak dia tak report ada kerosakan.henset pon tarak..wahahaha....