Alamat blog

Bahasa dan Ekonomi

9/17/2008 11:02:00 PG | , , ,

Rausyanfikir menulis panjang di catatan blognya bertajuk Ekonomi dunia sedang nazak.

Namun, mempersoalkan betapa kurangnya perbincangan ekonomi dalam Bahasa Melayu, dan merugikan Melayu sendiri.

Saya agak tertekan dalam memikirkan hal ini. Pertama, isu ini kompleks dan teknikal. Kelemahan dan kurangnya wacana ekonomi yang mantap dalam Bahasa Melayu telah membantutkan kapasiti saya untuk menulis satu kupasan kemas dan yang mudah difahami berkenaan isu ini. Kesan daripada ini jikalau kita lihat adalah betapa sebenarnya orang Melayu merupakan antara bangsa yang rugi dalam memahami selok belok ekonomi dunia kerana para intelektual ekonomi negara kita tidak mampu membicarakan masalah tersebut dalam bahasa kebangsaan mereka sendiri.
 Juga turut meminta PAS lebih proaktif dalam persoalan ekonomi terutama sekali dalam membangkitkan Dinar Emas.

Saya harap PAS dapat menumpukan semula kepada program dinar emas yang telah mereka jayakan dengan lebih mantap.

Bagi pembaca yang baru sehari dua membaca blog ini, anda mesti baca 2 catatan saya ini:-


Pengeluaran KWSP untuk Membeli Emas

Kekanda Husam, Hassan Syukri, Ayuh Bela Kambing




Kemaskini:
Ada lagi satu catatan Rausyanfikir yang perlu dibaca oleh pengunjung

Runtuhnya sebuah Dinasti Kapitalisme




Berpusing!!!!!!

2 komen

  1. Zubli Zainordin // 17 September 2008 12:13 PTG  

    Jika Melayu nak maju, mula-mula tukarkan "Me" dan penambahan "Layu".

    Boleh ganti "Melaku" atau "Melaju".

    Jika terus kekal sebagai "Melayu" maka "Layu" lah terus.

    Kemudian, ekonomi, ya...

  2. Rausyanfikir // 17 September 2008 12:28 PTG  

    En Hasbullah. Saya dah tulis entri baru yang lebih 'oomph.