Alamat blog

Sebentar tadi Paklah di kaca TV dengan bergayanya mengumumkan Perpecahan BN dengan mengiakan kenyataan perkauman oleh Ahmad Ismail.

Ahmad Ismail seringkali mengeluarkan hujah bahawa yang dikatakan status menumpang itu adalah ketika sebelum merdeka.

Adakah ia benar?
Jawapannya ialah Ya dan tidak.

Tan Cheng Lock, pejuang kemerdekaan, yang pernah bekerjasama dengan Dr Burhanuddin Al-Helmy sebagai ketua AMCJA, kemudian dengan Datuk Onn (IMP) kemudian bekerjasama dengan UMNO (Tunku).

Tan Cheng Lock sebati dengan UMNO kerana UMNO ketika itu agak bermurah soal kerakyatan berbanding Datuk Onn dan Dr Burhanuddin Al-Helmy.

Tan Cheng Lock dikira menumpang atau pendatang oleh PakLah dan UMNO Pulau Pinang apabila PakLah mengiakan apa yang Ahmad Ismail katakan?

Tan Cheng Lock adalah generasi ke 5 berada di Tanah melayu ketika dia lahir.
Generasi ke 5 masih dikira "menumpang"?
Generasi ke 5 masih dikira "pendatang"?

Kalau ketika dia lahir (1883), sudah gerenasi ke 5, agaknya keturunannya yang ada sekarang sudah generasi ke berapa?

Ketika zaman sebelum merdeka dulu, memang ada golongan cina yang baru 1 generasi, ada yang 2,3 generasi.

Apabila PakLah mengiakan bahawa "Cina" adalah Menumpang atau Pendatang ketika sebelum merdeka. Maka ia memang satu kenyataan berbau perkauman, kerana secara umum semua Cina dikatakan pendatang atau menumpang tanpa sebarang pengecualian.

Saya tidak nafikan ada diantara orang Cina yang berada di Tanah melayu pada sebelum merdeka boleh dikira sebagai pendatang atau menumpang berdasarkan bilangan generasi yang kurang dari 2.

Antara istilah "Menumpang" dan "Pendatang", istilah "menumpang" adalah terlalu perkauman, seolah-olah seseorang itu tiada hak langsung di Malaysia.

Apabila disebut "Pendatang", agak ramai orang cina boleh menerimanya apabila itu merujuk kepada nenek moyang yang mula-mula datang. Akan tetapi mereka datang bukan untuk menumpang.

Kalau PakLah sudah boleh katakan Tan Cheng Lock Pendatang, Apa lagi orang MCA mahu tunggu.




Berpusing!!!!!!

8 komen

  1. Unknown // 7 September 2008 pada 4:26 PG  

    Pak Lah boleh kata apa saja. Hang jangan nak cuba-cuba!

  2. Tanpa Nama // 7 September 2008 pada 5:16 PG  

    Hey Has

    Ahmad said in his press conference that he was referring to the past or something.

    I am not sure of the history of the immigration but I think it came in two or three major waves with the first settlers in the straits settlements of penang, melaka. KL is quite new, comparitively.

    It's quite true that many immigrants in the early days came with the hope of finding enough moolah to go back to china and saw this as a temporary place to cari makan.

    Perhaps it's also the translation of menumpang to "squatting". Is that accurate? I think he probably meant something like "came as a guest" or something to that effect? Not sure of what menumpang really means, the nuances of meaning...

    Anyway even if it's racist, I feel we should address the issue and correct his view via persuasion if necessary.

    Perhaps a simple statement by LKS clarifying what was said etc and then presenting the other viewpoint would bring us a step closer to solving this perpetual issue?

    I am not offended, hardly. I tend to ask why did he say that...

    And then if stupid just ignore. But then have to consider the view first....

    TkS!

  3. Tanpa Nama // 7 September 2008 pada 6:45 PG  

    Aku tak kisah sekiranya dipanggil pendatang.... kerana aku sebenarnya bole dikatakan pendatang kerana aku adalah generasi pertama yang lahir kat Malaysia.

    So dalam hal hal berkaitan dengan kelebihan dari rakyat malaysia sememangnya kita sedikit kekurangan. Tetapi andaikata dilapah hati ini untuk melihat sejauh mana Cintakan Malaysia mungkin lebih dari Rakyat Malaysia itu sendiri. Kerana orang yang lahir kat sini kurang menghargai negera mereka sendiri.

  4. Tanpa Nama // 7 September 2008 pada 11:18 PG  

    Apa sangat nak kecoh-kecoh pasal pendatang , Malaysia ni dah sinonim dengan pendatang , tengok tu bangunan pencakar langit dan juga bangunan yang besar , kecil semuanya pendatang yang buat tak gitu.
    from...maimi arai.

  5. Kavi // 7 September 2008 pada 2:36 PTG  

    apabila PM sendiri tidak dapat memahami fakta sejarah, apatah lagi konco-konco bawahannya yang hanya tahu berucap tanpa memeriksa ketepatan ucapan mereka?

  6. Tanpa Nama // 7 September 2008 pada 11:05 PTG  

    Hakikatnya jika diberi pilihan, setiap orang melayu tidak mahu negara Malaysia di huni oleh orang Cina dan India. Apa yang terjadi adalah kemalangan dalam sejarah, pendatang yang datang tidak diundang dan memilih untuk tinggal di sini setelah negara merdeka. Jika pada zaman Mongol, satu bandar boleh dihapuskan jika pemimpin tidak berpuas hati, tetapi sekarang kita terpaksa menerima kedatangan mereka dengan hati yang berat. Setelah begitu banyak keistimewaan diberi kepada pendatang ini seperti sekolah sendiri, harta kekayaan negara dan hak perlindungan sebagai warganegara, apakah terlalu berat jika orang melayu meminta mereka menghormati orang Melayu? Tidak, sebaliknya fenomeman "Malay Bashing" amat ketara di blog-blog, internet dan semua perkara yang berkaitan dengan melayu. Undi kepada Pakatan Rakyat bukanlah lesen untuk Cina & India untuk menghina Melayu. - Pemerhati senyap.

  7. Unknown // 8 September 2008 pada 4:47 PTG  

    "I am not offended, hardly. I tend to ask why did he say that..."

    saya suka sekali komen dari Jed Yoong.berfikir dan bukan bertindak mengikut emosi.

    mungkin ini semua salah faham semata-mata.Sepatutnya Ahmad boleh menerangkan kepada umum kenapa dia berkata demikian secara teratur dan bukannya ditambah lagi dengan menuding jari pada individu tertentu.

    sebenarnya perkara ini boleh diselesaikan dengan cepat dan tidak rumit sebenarnya.yang buat rumit bila ada tuduh menuduh dah ada pulak pihak seperti Lim Kit Siang yang tidak habis-habis membangkitkan isu ini.jadi sampai bila isu ini akan berkesudahan?

  8. Tanpa Nama // 9 September 2008 pada 9:50 PTG  

    salam

    pendapat dan nasihat saya ialah kita sebagai rakyat tidak seharusnya menerima bulat2 apa yang diperkatakan baik di pihak Datuk Bukit Bendera dan Pemangku Presiden Gerakan. apa yang saya lihat ia lebih menjurus kepada isu peribadi antara masing2 dan bukannya mewakili kaum masing2.

    permainan politik pada hari ini amat kotor, dan kita sebagai rakyat tidak seharusnya terperangkap.

    luangkan masa, kaji semula sejarah negara kita. Saya bersetuju dengan pendapat MCA bahawa mereka juga 'pioneer' di dalam penubuhan BN dan tidak seharusnya meninggalkan BN.

    Persoalannya sekarang ialah bukan parti sama ada umno, gerakan dansbgnya yang bermasalah tetapi individu yang berada di dalam parti tersebut yang mengundang masalah.