Alamat blog

Kadang Kala Skuad DUN Batu Caves ini menggelikan hati, catatan blognya yang memerli pengurniaan Datuk kepada Shahrikh khan, akan tetapi mengeluarkan kenyataan memerli kepada blogawan yang menegur tentang "gambar" DSAI.

p/s mana blogger yang sibuk pasal gambar dsai dulu tu...?? ni apa cerita? apa faedah untuk negara??

Blogawan yang sibuk pasal "Poster" atau "gambar" DSAI di Batu Cave itu kebanyakkannya blogawan PAS, Bukan UMNO.

Perisik Rakyat PAS Selangor
Hani Nasution PAS Perak
Pak Kamaru PAS Perak
Ustaz Nasarudin Tantawi. Pemuda PAS Pusat (negeri mana ya?)
Diri saya sendiri PAS Melaka.
Khairul Faizi - PAS Johor.
Nik Abduh PAS Kelantan
Puan Nur Aflah PAS Melaka




Sekarang ini yang nak tanya balik kepada Skuad DUN Batu Cave, yang kurniaan Datuk itu PAS negeri mana yang beri?

PAS Melaka?
PAS Perak?
Pemuda PAS?
PAS Kelantan?
PAS Johor?

Pendirian PAS Melaka tentang Kurniaan Datuk.

KESAL DENGAN ANUGERAH DATO' KEPADA SHAH RUKH KHAN 

Setiausaha Lajnah Penerangan PAS Negeri, Khirul Che Salleh kesal dengan penganugerahan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) kepada pelakon Bollywood Shah Rukh Khan oleh kerajaan Melaka. Beliau mempersoalkan apakah sudah tidak orang lain yang berjasa kepada negara dan negeri Melaka ini.

DATUK SHAH RUKH KHAN : TIDAK ADA LAGIKAH ORANG LAIN UNTUK GELARAN DATUK

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil kesal dengan penganugerahan Datuk kepada pelakon Bollywood Shah Rukh Khan oleh kerajaan negeri Melaka. Tidak ada lagikah orang lain yang lebih layak dari beliau. Apa jasa beliau kepada rakyat negeri Melaka sehingga mendapat pengiktirafan begitu tinggi.

Angkasa Nuri Telah Buat Catatan blog perli.

BANYAKNYA JASA SHAH RUKH KHAN KEPADA MELAKA
Puan Nur Aflah pun ada tulis
KENAPA SHAH RUKH KHAN DAPAT DATUK?


Ramai orang Melaka yang terperanjat ‘be-rok’ bila mendapat tahu Shah Rukh Khan akan dikurniakan gelaran ‘Datuk’ sempena Ulangtahun Kelahiran Yang Dipertua Negeri Melaka yang ke-70.



Ketua Pemuda PAS pun ada keluarkan kenyataan.



Agak menghairankan apabila Skuad DUN Batu Caves ingin tahu apa faedah pengurniaan datuk kepada Shahrukh Khan, dia bertanya kepada blogawan yang ulas isu "poster"/"gambar" DSAI.

Kalau nak tahu sangat apa faedahnya, Tanyalah pada Ali Rustam atau Khalil Yaakub.

Eh, Mana kenyataan Anwar Ibrahim berkenaan kurniaan datuk pada Shahrukh Khan?
Termakan budi kah?




Berpusing!!!!!!

12 komen

  1. Tanpa Nama // 11 Oktober 2008 pada 6:13 PTG  

    Ek.. eler...

    Ko nie macam budak2 lar... Ko komen nie dengan niat ape? Ko nak tahu sape menang sape kalah ker? Kalau benda nie, bukan saja pas, pkr, org melaka, bahkan smua rakyat malaysia yang boleh berfikir dgn bijak amat2 tidak bersetuju dgn anugerah tu.. Tapi slama nie pun bukannya betui sgt pun si puak2 ameno nie bagi anugerah. Setengah tu bukan ada jasa pun, jasa perabih harta rakyat ada lar..

    Mudah2an dieorang buka lar hati dan minda demi anak2 bangsa...

    Anak Kedah.

  2. Tanpa Nama // 11 Oktober 2008 pada 8:14 PTG  

    lor apa ko ni buat lawak pulak mat pit oi!! bila masa pulak skdbc tuduh pas yang bagi anugerah kat mamat srk tu??? ko ni sekolah ker tak?? baca elok elok statement tu... kecoh la ko sorang ni?? apa masalah ko sebenarnya ni? kenapa ko ni selalu macam tak puas hati jer dengan skdbc?
    heran tul laa... ilek laa jangan panas panas....

  3. Orang Melaka // 12 Oktober 2008 pada 1:29 PG  

    Salam En Sebol,

    Ada satu pembetulan yang perlu dibuat. Saya bukan PAS Melaka. Setakat ini, saya masih lagi belum menjadi mana-mana ahli parti politik di Malaysia.

    Selebihnya, saya setuju dengan isi kandungan kiriman ini. :-)

  4. Tanpa Nama // 12 Oktober 2008 pada 3:29 PG  

    skuaddunbatucaves tu ajak blogger lain hantam pasal isu SRK bukan bantai PAS ker.. en PIT tak tau baca ker.. atau terasa, jgnla emosi sangat macam budak belum akil baligh.. waduh ko ni tak abis2 dgn isu murahan. pleasela tolongla matang skit. yg ko nak babitkan blogger PAS lain watper, dorang bukan ade maslah peribadi ngan SKDBC pun.

    Ikhlas dari pemerhati bebas.

  5. Tanpa Nama // 12 Oktober 2008 pada 3:29 PG  

    hai hasbullah pit
    kau masih steam pit ke ,merepak tak tentu pasal,bila pulak sdbc buat kenyataan melibatkan rakan pas dalam masalah dato mat shah rukh khan tu!!!
    Aku rasa kau dah melampau buat kenyataan nie...mmg aku paham kau nie org pas yang terpinggir jgn melibatkan Parti pas.
    jgn jadi tulisan kau nie makan diri kau balik....
    hampeh !!!!!

  6. Tanpa Nama // 12 Oktober 2008 pada 11:57 PG  

    Aku setuju 100% dengan Hasbullah. Soalan itu tidak patut ditanya kepada mana-mana blogger pun, sama ada pernah mengkritik berhala/patung/gambar Anwar atau tidak.

    Tanyalah solah itu kepada Ali Rustam, Khalil Yaakob, dan mereka yang sewaktu dengannya. Jangan main hentam ikut suka hati.

  7. Tanpa Nama // 12 Oktober 2008 pada 2:39 PTG  

    MASALAHNYE AKU AJAK DIORANG NI SAMA SAMA HENTAM KERAJAAN MELAKA.. BUKAN AKU PERSOALKAN DIORANG PASAL ANUGERAH DATUK TU.. APA KENA MENGENA ANUGERAH DATUK NGAN DIORANG.. AKU CUMA AJAK SAMA SAMA BERSATU PADU HENTAM ISU NI.. JANGAN ASYIK SALAH FAHAM.. ATAU MEMANG SENGAJA NAK CARIK PASAL BRO HASBULLAH NIE? AKU PELIK LAH....
    TOLONG FAHAM BETUL BETUL APA YANG SAYA UTARAKAN.. SEBELUM BERTINDAK... JANGAN IKUT SUKA HATI JER.. KITA SAMA SAM DALAM PR NI PUN NAK BERKELAHI JUGAK KER???

  8. Tanpa Nama // 13 Oktober 2008 pada 5:32 PG  

    Pit,

    Amende ko merapu nih.. Sebelum ko nak tulis tu tolong ler cari maklumat apa sbb Shah Rukh Khan tu dapat. Mana ada orang dpt anugerah free jer.

    Tu lah org suruh baca surat khabar tak nak. Ops.. surat kahabar BN nyer kan? Baca lah blog2 lain gak.. asik baca blog "kawan2" jer mana diaorg nak tulis info2 yang dr sudut berbeza.

    Tak tau ahh kalau ko mampu promote Melaka kepada seluruh dunia cam Shah Rukh Khan.

    Ade ker kemampuan? Jgn sbb Pas tak dapat menang kat Melaka ko nak main hentam BN.


    -Org Melaka jugak-

  9. Hasbullah Pit // 13 Oktober 2008 pada 8:00 PG  

    wartawan skuaddbc:

    Tiada sesiapa yang berkelahi dengan sesiapa.

    ayat "mana blogger yang sibuk pasal gambar dsai dulu tu...?? ni apa cerita? apa faedah untuk negara??" , itu masih ada.

    Kalau mahukan semua orang "faham", maka ayat itu perlu diperbetulkan.

    Perisik rakyat telah menegur, tetapi tiada apa yang berlaku.

    Apa guna kalau buat serangan siber ala-ala sengangan siber UMNO, tetapi perkara pokok tidak diperbetulkan setidaknya dinafikan.

    Dalam tajuk lama, "Semangat DSAI" tidak diubah atau dinafikan.

    Perisik rakyat, dan blogawan lain telah tidak menggunakan perkataan berhala, bagi memenuhi dakwaan ianya bukan patung, mengapa wartawan skuad dun batu caves tidak berubah menyesuaikan dengan keadaan?

    Tiada sesiapa yang berkelahi.
    Mana ayat mengajak membenci skuad DUN Batu Caves di blog saya?

  10. Unknown // 13 Oktober 2008 pada 6:02 PTG  

    Tuan,

    Sampai saat ini walaupun saya telah menulis artikel khas bertajuk “Tahniah Datuk Shah Rukh Khan” saya masih tidak percaya berita yang saya dengar dari media perdana tanah air. Saya masih tidak berhenti berharap agar Bernama mengeluarkan “Ralat” kerana tersalah lapor ataupun tersalah tulis “Nasir Bilal Khan” sebagai “Shah Rukh Khan”.

  11. si lembik's // 13 Oktober 2008 pada 11:09 PTG  

    bro......ramai lagilah...kawan ngan mutaligat dah terus kena 'ban' ker ???

  12. Mr Am // 15 Oktober 2008 pada 6:48 PG  

    aku rase mesti ada sebab sendiri dia dapat datuk ni..