Alamat blog

TV LCD Besar

10/31/2008 02:23:00 PG |

Sebelum ini terdapat satu catatan blog Isteri saya mengenai TV besar.

Am now in jb. My sister's house is impressive (compared to mine). Love her widescreen tv the most. Kalau kat rumah ada tv ni, pergh heaven seyh!
Hairan juga, tang mana yang "Impressive" itu?


Mungkin kerana TV yang besar.


Sebenarnya, saya jenis orang yang tidak yakin dengan TV besar. Dulu saya pernah membeli TV terpakai 25" kerana takut TV 29" gambar tidak cantik.


Apabila TV 29" sudah menjadi popular dan harga jatuh, maka memang banyak TV 29" dipasaran yang agak murah berbanding dahulu, akan tetapi saya cukup takut untuk membelinya kerana tak mahu gambarnya lebih buruk dari TV 25" terpakai itu.


TV terpakai 25" itu harganya baru 5xx, kalau digantikan dengan TV 29" yang memburukkan gambar siaran astro, lebih baik kekalkan TV 25".


Maka keluar pula 1 versi TV CRT jenis 100Hz, gambarnya agak cantik apabila dipasangkan dengan astro berbanding dengan TV CRT 29" yang lain.


Bertahun juga menunggu harganya jatuh daripada 2 ribu lebih kepada 1999, sehinggalah 1599 baru beli.
Kini tiada lagi dipasaran.


Apabila budaya TV diLCDkan, maka ramaikan mengLCDkan TV masing-masing.


Tahun lepas, saya ada membuat perkiraan tentang TV LCD 32" yang menggiurkan.


Perkiraan menunjukkan gambar astro akan menjadi lebih kecil kalau menggunakan nisbah 4:3
Bodohlah kalau ganti TV CRT 4:3 29" dengan TV LCD 16:9 kalau guna mod 4:3.


Maka mungkin nilai yang sesuai ialah lebih daripada 32.
Saya belum membuat perkiraan dengan 37"



Petang semalam saya berborak dengan seorang tauke TV yang agak peramah. dia mencadangkan TV LCD 37" Panasonic. Apabila saya ceritakan kerisauan takut kualiti lebih teruk dari sekarang, maka dia tunjukkan siaran dari antena biasa dan bertanya, adakah kualiti sebegitu boleh diterima?

Entahlah.


Saya tidak suka tengok TV siaran 4:3 yang dikembangkan menjadi 16:9.

Terdapat juga TV skrin lebar yang nisbahnya tidak tepat 16:9, maka ia agak lebih sesuai untuk menerima siaran 4:3


14:9 juga dikira skrinlebar.


Ada juga TV LCD yang resolusinya rendah walaupun saiz skrinnya besar.


Di dalam blog Abu Umar Nashrullah (bunyi macam Abu Umar Hasbullah), terdapat satu catatan tentang harga TV LCD yang akan jatuh.


Saya agak pasti harga TV LCD 32" akan jatuh, dalam setahun dua, akan tetapi TV LCD 37" 1080p lambat lagi agaknya untuk jatuh.


Tunggu sehingga 2012?




Berpusing!!!!!!

6 komen

  1. Tanpa Nama // 31 Oktober 2008 pada 9:17 PG  

    astro nyer quality so-so lagi. sebab belum digital sepenuhnye. haha :)

  2. Azurah Anuar // 31 Oktober 2008 pada 9:24 PG  

    yangimpressive rumahnya.

    plus vantage-ware (pinggan mangkuk dalam almari tu, perasan tak?)

    kalau saya dapat, saya hidang makan dalam tu terus.

    (dengan condition dah pandai masak la pulak)

    bak kata saya haritu, saya nak jugak rumah yang cantik.

    :)

    TV??

    Tv sedia ada pun macma under utilized je.

  3. Hasbullah Pit // 31 Oktober 2008 pada 9:55 PG  

    Makanmalaya:

    Saya bukan pendokong fahaman digital_sentiasa_lebih_baik_daripada_analogisme.

  4. Muhammad Fahmi // 31 Oktober 2008 pada 11:37 PG  

    asal jgn punggung lebar dah cukup...

  5. Tanpa Nama // 31 Oktober 2008 pada 12:17 PTG  

    Bhai...

    Pandangan gua la.... Kalu nak cari TV LCD tue.. cari yang digital contrast dier lebih dari 30000:1 .. baru cantik, jelas dan 'sharp" gambar tv tue...

    Dan kalu nak TV LCD yang terbaik dengan harga yang berpatutan... lu cari jer jenama Philips... hehehe...

    Gua dah beli dan bayar TV LCD Philips Aurea 42PFL9930 (with ambilight) .. cuma Seng Heng belum hantar jer lagi...

    Lagipon gua akan masuk rumah baru gua (dah siap.. tunggu CF jer) dalam bulan 12 nie.. jadi banyak barang gua masih "store" kat kedai lagie... dah bayar tapi hold kat kedai... malas nak pindah dua tiga kali... hehehe

  6. aizam // 31 Oktober 2008 pada 4:34 PTG  

    p/s: tgh bercadang nak beli TV mobile lekat dlm kereta..