Alamat blog

Setelah beberapa hari diumumkan bahawa ValueCap meminjam KWSP sebanyak 5 bilion, banyak reaksi yang menentangnya namun terdapat sedikit perbezaan pendapat.

Dalam catatan saya yang lalu, saya tidak mengatakan bahawa wang KWSP langsung tidak boleh dilaburkan ke BSKL.

Terdapat pihak yang menyalahkan tindakan itu seolah-olah tidak mahu wang KWSP itu langsung tidak digunakan.
Tak boleh dipinjamkan, tidak boleh dilaburkan.

Disebabkan tidak faham akan konsep KWSP, makan ramai yang beranggapan KWSP hanya simpanan semata-mata. Almaklumlah namanya pun Kumpulan Wang Simpanan pekerja.

Hakikatnya memang ada wang KWSP dilaburkan untuk pasaran saham, tetapi peratusannya sedikit.

Kadangkala mushkil juga saya, adakah penentang pinjaman kepada ValueCap itu sememangnya tidak mahu wang KWSP digunakan langsung? Tapi mahu dividen?


Beberapa blogawan rupanya ada yang pro kepada penggunaan 5 bilion itu adalah lebih baik digunakan sebagai pelaburan ke BSKL tanpa melalui Valuecap.

Myop101 mempersoalkan adakah Valuecap cukup handal melabur. Akan tetapi pembahagian kaunter yang dilabur oleh valuecap saling tak tumpah dengan KWSP.

carta disediakan olehm yop101


Apa istimewanya Valuecap?

Sudara Chi Chang , penasihat ekonomi DAP telah mengutarakan beberapa soalan.

Diterjemahkan ke Bahasa Melayu..

1. KWSP sudah meletakkan dana yang cukup banyak, mempunyai pasukan pengurus dana sendiri, memiliki 73 bilion nilai ekuiti ketika jun 2008, Kalau mereka merasa sekarang harga cukup rendah, mengapa tidak melabur secara terus? Mengapa perlu pinjamkan ke orang lain?

2. KWSP membuatkan pesaing menjadi kuat, jika membeli saham dikaunter yang sama.
3. Mempersoalkan apa cagarannya bagi pinjaman itu berdasarkan risiko yang tinggi.
4. Pada kadar apakan "interest" dikenakan kepada Valuecap, berapa lamakah tempoh pinjaman itu?

Pinjaman itu dalam bentuk apa? Sukuk kah?
Bagi saya, butiran pinjaman mestilah boleh diketahui umum kerana KWSP adalah kepentingan rakyat.

Persoalan dulu masih belum terjawap. Najib disebelah mana? KWSP atau Valuecap?




Berpusing!!!!!!

10 komen

  1. Samad // 24 Oktober 2008 4:46 PTG  

    Memang wang KWSP itu dilaburkan supaya kita boleh menikmati dividen tapi RM5 billion itu berapa peratus daripada jumalah simpanan? Adalah tidak melebihai had yang dibenarkan atau lebih? Dan persoalan yang diutarakan oleh penasihat DAP juga bermain dalam kepala saya.. Pinjaman kepada Valuecap, bagi saya, adalah pinjaman berisiko tinggi kerana tujuan ia dipinjamkan pun dah cukup gentar kita dengar iaitu untuk 'cover' pelaburan Valuecap. Jadi apakah cagarannya? Apakah jaminannya?

  2. Nur Aflah // 24 Oktober 2008 5:43 PTG  

    Terdapat perbezaan jika KWSP beri pinjaman 5 bilion dengan labur 5 bilion itu terus dalam pasaran saham.

    Bila Valuecap pinjam dari KWSP, ertinya VC kena bayar balik jumlah pinjaman pada KWSP samada pelaburan VC untung atau rugi. Jika rugi, kerajaan kena cari alternatif untuk ganti wang KWSP.

    Jika KWSP terus labur dalam saham, risiko untung rugi akan ditanggung oleh KWSP.

  3. Tanpa Nama // 24 Oktober 2008 6:47 PTG  

    Salam tuan besbol,

    Rasionalnya apa ?

    Adakah dividen EPF pernah melepasi
    7,8,9,10%.

    Seingat saya, bunga KWSP tak pernah melepasi 8%.

    Kita ni,usahkan nak pinjam, nak keluarkan hasil bunganya pun tak boleh.

    Ada perkara-perkara yang termaktub sahaja yang membolehkan simpanan dikeluarkan.

    Samada BN mengalih isu atau memang mereka sedang merompak.

    Mereka tak peduli rakyat makan ke tidak.

    Seandainya kerajaan ada masalah dengan ekonomi,tentu rakyatpun ada masalah perut.
    Rakyatpun kalau boleh nak keluarkan sedikit simpanan di KWSP atas masalah perut.
    Bukan nak pinjam pun.
    Duit sendiri,tak boleh ke ?

    Mereka diKWSP tu pun Penyamun!
    Itu pasai Madey letak Zainal Rompak kat sana.



    Yamaha Y80

  4. Tanpa Nama // 24 Oktober 2008 7:00 PTG  

    Salam tuan besbol,

    sambungan.........

    Siapa menentukan peratusan dividen?
    Seandai diturunkan daripada tahun lepas,dapatkah kita bergerak(fikir) kearah perbezaan hanya 1 % sahaja.

    Daripada kapital yang ada,1% tu siapa-siapa pun boleh merompak.

    Pelupusan?
    Perbelanjaaan luar biasa?
    Keraian?

    Ketelusan dimana?



    Yamaha Y80

  5. Hasbullah Pit // 24 Oktober 2008 7:47 PTG  

    Samad:

    5 bilion itu tidak sampai 2% drpd jumlah simpanan.

    jika dipinjamkan ke valuecap, 5 bilion itu dimasukkan ke kategori "fixed income security", dan bukannya ekuiti.

    Bagi saya, baik dipersoalkan kenapa dipinjamkan ke valuecap. Mengapa valuecap yang terdedah dengan risiko dipilih, kenapa tidak lebihkan kepada fixed income

    Adalah lebih baik pelaburan jenis "fixed income security", dilaburkan ke perkara pembangunan.

    kalau EPF sendiri laburkan 5 biilion kerana penuhkan kuota pelaburan ekuitinya. Itu bukan slaah KWSP atau menteri kewangan.

  6. Hasbullah Pit // 24 Oktober 2008 7:50 PTG  

    Tanpanama Yamaha Y80:

    Dividen KWSP tidak pernah sampai 8% kerana peratusan ekuitinya kurang.

    Ianya seperti dana berasaskan bon yang mempunyai sedikit pendedahan ekuiti.

    Kalau nak tingkatkan pendedahan ekuiti, maksudnya pencarum akan mendapat risiko yang lebih tinggi.

  7. Hasbullah Pit // 24 Oktober 2008 8:04 PTG  

    Puan Nur Aflah:

    Adakah aku bermimpi, kenapa ulasanmu seolah2 sokong pinjaman kepada Valuecap?

    jgn marah.

  8. shaxx // 25 Oktober 2008 2:34 PG  

    apa akn jadi kalo valucap screw up and hancuskan all the 5b? sapa yg dapat dividen? nothing can be sure dalam money market or investment nih...

  9. cencurut // 26 Oktober 2008 9:11 PG  

    Bhai... buat pinjaman mana-mana pon kena ader "collateral" jadi... valuecap perlu la sediakan "collateral" berulah KWSP boleh bagi pinjam..

    Nie pinjam tanpa cagaran ... aper ker jadahnyer....

  10. BuahBeluluk // 4 November 2008 4:14 PTG  

    Kwsp .. janganlah songlap duit aku..