Satu berita di Malaysiakini pasti akan membuatkan ramai orang risau kononnya PAS akan retak..
Bagi saya itu bukanlah keretakan, akan tetapi perbezaan pendapat sahaja. Akan tetapi tidak perlulah meletakkan label pasukan terhadap pihak yang berlainan pendapat. Tidak perlulah diburukkan individu yang berlainan pendapat itu.
Saya tahu ramai orang PAS yang risau apa terjadi kalau Islam tidak dominan apabila Pakatan Rakyat memerintah?
Kedominan itu sebenarnya bergantung kepada pemimpin PAS sendiri, bukan orang bawahan.
Kalau tidak suka Pakatan Rakyat, Kenapa tandatangani penubuhan Pakatan Rakyat?
Yang tandatangani penubuhan Pakatan Rakyat itu golongan yang digelarkan Erdogankah?
Ramai orang tidak suka akan orang-orang yang digelarkan "Kabilah Terengganu" kerana berurusan dengan UMNO secara senyap. Bang Bakaq kata "main main telefon".
Bagi saya, sebenarnya tidak salah untuk berbincang dengan UMNO, akan tetapi mesti bijak berpolitik.
Maafkan saya, saya terpaksa umumkan bahawa ramai pemimpin PAS tidak bijak berpolitik. Ada juga yang bijak.
Bagi saya, secara peribadi, perbincangan dengan UMNO itu terlalu awal.
Jika benar takutkan PAS tidak dominan dalam Pakatan Rakyat, usahakan sahaja supaya dominan. Adakan kursus-kursus pendek sains politik untuk pemimpin PAS yang berurusan dengan pemimpin Pakatan Rakyat yang lain. Adakan kursus berkaitan dengan media, agar PAS tidak ketinggalan dalam media yang semi terbuka.
Akan tetapi apabila disisihkan dengan Pakatan Rakyat, maka memanglah PAS tidak dominan dalam Pakatan Rakyat.
Siapa ya, yang berurusan soal kerusi Parlimen sehingga PAS bertanding terlalu sedikit kerusi Parlimen?
Sejak dari dulu saya sering mempersoalkan kenapa di media yang agak terbuka seperti http://malaysiakini.com/bm/ PAS ketinggalan?
Kalau begitu caranya, dengan siapa pun PAS berkawan, akan sering tidak dominan.
PAS adalah 1/3 daripada Pakatan Rakyat, sepatutnya 1/3 agenda Pakatan Rakyat itu agenda PAS.
Saya tidak mahu begitu menyalahkan pihak yang membuatkan PAS tidak dominan sehingga mahu lari ke pasukan yang lagi satu, akan tetapi sepatutnya ianya hanya boleh menjadi langkah rizab sahaja.
Sebagai contoh, apabila Pakatan Rakyat memerintah dan PAS didalamnya, apabila cubaan untuk dominan gagal, barulah tarik tali untuk keluar, bukannya cuba keluar walaupun belum memerintah.
Siapa suruh Malaysia mesti guna guna sistem 2 parti ala Amerika?
Kalau benar PAS mahu keluar pakatan apabila Pakatan Memerintah, maka secara automatiknya tiada siapa yangada majoriti, pilihanraya semula, apa susah.
Mengapa begitu gusar PAS tidak dominan kalau ada senjata untuk keluar Pakatan?
PAS Berpecah? Erdogan? Kabilah Terengganu? Tidak Dominan?
9/17/2008 02:50:00 PG | .PAS, Pakatan Rakyat, politikBerpusing!!!!!!
Adakah dengan memboikot media, Pakatan Rakyat akan kelihatan lebih terbuka?
Adakah memboikot media itu salah satu langkah ke arah kebebasan media?
Disebabkan oleh keenakan membaca cerita-cerita indah, bersediakah kita menelan cerita pahit?
Atau masih mahu dibuai cerita-cerita indah?
Masih Perlukah Akta Penerbitan dan Percetakan? Kalau sikit-sikit nak boikot, sikit-sikit kata media itu tak patut sebegitu.
Berpusing!!!!!!
Di Blog Anwar ada mengatakan bahawa pertemuan wakil Pakatan Rakyat.
Mesyuarat pimpinan yang turut dihadiri Azizah, Dr Syed Husin Ali, Azmin dan Siva mewakili KeADILan, Sdr Lim Kit Siang, Karpal Singh, Chem Man Hin mewakili DAP, Ustaz Abdul Hadi Awang, mewakili Pas.Bagaimana PAS hanya ada seorang wakil pimpinan?
Termasuk Anwar, PKR ada 5.
Saya ingin melihat lebih ramai wakil daripada PAS supaya suara PAS dalam Pakatan Rakyat tidak tenggelam.
Saya ingin melihat Mujahid yang banyak idea untuk berada di situ. Barulah idea lebih bernas berada dalam perbincangan pakatan.
Saya tidak mahu PAS sering diketinggalankan dalam soal pembahagian kerusi dan Dasar "Hapus DEB" yang merugikan PAS.
Supaya tiada idea merepek dikeluarkan seperti kurangkan cukai petrol untuk turunkan harga minyak.
Mengenai subsidi minyak, Anwar berkata Malaysia boleh mengurangkan cukai petrolnya untuk menurunkan harga minyak, serta membangunkan sistem subsidi yang boleh membawa manfaat kepada penduduk miskin dan bukan mereka yang bergaji RM5,000 atau RM10,000 sebulan.
Berpusing!!!!!!
Negeri Bangsamoro Tak Mustahil untuk Menyertai Malaysia selepas ia Merdeka
5/28/2008 10:44:00 PTG | Bangsamoro, Malaysia, Pakatan Rakyat, Persekutuan, politik, sabahPening nak kaji sejarah kalau kesultanan yang ada di Asia tenggara ini diperkotak katikkan oleh penjajah, malah dibelah-belah oleh penjajah.
Penjajah terlalu berkuasa berbanding kesultanan.
Empayar Johor Riau dibelah-belah oleh Inggeris dan Belanda.
Di Sabah yang asalnya milik Kesultanan Sulu, boleh disewa oleh British daripada Amerika yang menjajah filifina sehingga melibatkan kawasan Kesultanan Sulu.
Kini MNLF menuntut Sabah atas sebab sejarah. Yang peliknya, Kemerdekaan Sulu belum lagi dicapai. Saya rasa inilah satu peluang baik bagi Umat Islam Malaysia.
Nur Misuari dalam Amanat Penubuhan Republik BangsaMoro telah membuat kenyataan supaya ingin mendapatkan Sabah kembali berdasarkan sebab sejarah.
Kalau nak kira ICJ yang mementingkan kedaulatan berbanding faktor sejarah, pasti Mindanao tidak akan berjaya mendapat Sabah.
Sudah tentu Bangsamoro tidak menuntut Sabah sekian lama, kerana Kerajaan BangsaMoro pun belum merdeka dan masih dalam jajahan Filifina.
Saya melihat ini sebagai satu peluang untuk menjemput mindanao untuk menyertai Malaysia.
Kalaulah Persekutuan Malaysia berlaku adil kepada Sabah Sarawak, membangunkan seperti Semenanjung juga.
Kalaulah Sabah Sarawak mendapat Royalti minyak yang lebih banyak.
Tak mustahil bagi Negeri Bangsamoro itu menyertai Malaysia. sebagai salah satu negeri di Malaysia.
Ketika ini pun banyak warganya telah datang ke Sabah, menunjukkan sikap "cinta"kan Malaysia.
Malangnya, Pemerintah Malaysia tidak begitu menarik bagi Negara yang mahu merdeka itu supaya menyertai Malaysia.
Mungkin bukan sekarang.
Mungkin Pemuda Pakatan Rakyat sekarang boleh memikirkannya supaya boleh menjemput bangsamoro bersama Malaysia 10 tahun dari sekarang. Dan apa tawaran Persekutuan Malaysia boleh berikan kepada negeri itu.
Mungkin Royalti minyak yang lebih tinggi daripada Shell berikan kepada Brunei.
Malaysia akan dijadikan tempat dimana anak-cucu Kesultanan Melaka dan Kesultanan Sulu duduk semeja.
Berpusing!!!!!!
Dr. Mahathir dijangkakan tidak dapat membuatkan Ahli Parlimen UMNO Keluar UMNO
5/19/2008 09:18:00 PTG | Pakatan Rakyat, politik, UMNOTahukah anda, Dr Mahathir akan gembira apabila tindakannya menjadi kejutan banyak pihak, dan banyak pihak memperkatakan tentangnya.
Ya, itulah perkara yang dia suka.
Adakalanya Dr. Mahathir suka membuat perkara diluar jangkaan kerana dia mengganggap ideanya baik.
Itulah pemikirannya.
Ketika dia membunuh Istilah Matematik dan Sains Bahasa Melayu suatu ketika dahulu, walaupun ramai yang tentang, dia tetap terus dengan tindakannya yang dianggap "pelik tetapi bernas" baginya.
Berapa ramai agaknya Ahli Parlimen UMNO yang nak keluar UMNO?
Parti yang penuh dengan perebutan kuasa itu, pasti dipenuhi harapan "agaknya bila dia nak keluar UMNO supaya aku boleh naik".
Ahli yang berani keluar UMNO ialah ahli yang sudah bersara.
Anaknya sendiri pun sedang memikirkan samada tindakan itu harus dicontohi atau tidak.
Di kelantan Nik Aziz bergembira bukan kerana ahli UMNO lain hendak meletak jawatan, tetapi bergembira kerana Dr. Mahathir telah memberi isyarat supaya jangan masuk UMNO.
Saya yang asalnya risau kalau ada pilihanraya baru, akhirnya hilang kerisauan apabila memikirkan bahawa Ahli Parlimen UMNO tidak berani melepaskan jawatan. Melainkan segerombolan Ahli Parlimen UMNO keluar bersama-sama pada jumlah yang melebihi Bilangan Ahli Parlimen PKR.
Dipendekkan cerita, Langkah Mahathir pasti tidak akan diikuti oleh Ahli Parlimen UMNO, kerana semua takut nak mulakan dulu.
Bayangkan kalau benar lebih daripada 32 orang Ahli Parlimen UMNO keluar UMNO untuk menafikan majoriti mudah BN? Sekiranya Kerajaan tidak dibentuk dengan Pakatan Rakyat maka akan diadakan pilihanraya semula.
Di atas tiket apakah Ahli Parlimen UMNO yang telah keluar itu akan bertanding?
Ahli UMNO sedia ada tidak akan beri peluang kepada yang telah keluar kerana ramai yang menunggu.
Berpusing!!!!!!
Majoriti Mudah BN akan Dinafikan?
5/19/2008 04:53:00 PTG | BN, Pakatan Rakyat, Pilihanraya, politik, UMNOEntah mengapa saya dapat merasakan bahawa Majoriti Mudah Kerajaan BN akan dinafikan dengan proses pengeluarkan Ahli Parlimen dari BN. Ianya mungkin berlaku tanpa Ahli Parlimen itu memasuki pakatan Rakyat.
Apa akan terjadi kalau majoriti mudah BN dinafikan oleh ahli parlimennya sendiri? Kerajaan tidak boleh lagi dibentuk dan kemungkinan pilihanraya parlimen lagi sekali.
Sekiranya inin berlaku, di harap Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat tidak membubarkan DUN.
Berpusing!!!!!!
ADUN / AP yang Lompat Parti Tidak Semestinya Pecah Amanah
5/16/2008 01:56:00 PTG | Pakatan Rakyat, politik, sabah, SarawakAda 1001 pendapat tentang isu "lompat parti" walaupun acara lompat itu belum bermula.
Bagi saya lompat parti tidak semestinya Pecah amanah atau tidak bermoral.
Sistem berparti yang membuatkan ianya seolah-olah tak bermoral atau "dibeli".
Apa akan terjadi kalau seluruh pengundi kawasan parlimen atau DUN itu memang mengundi seseorang individu itu tak kira apa lambangpun dia guna.
contoh:
"Saya memang sokong Abu, Abu pilihlah pakatan mana yang Abu sesuai"
Senario lain, Ada pengundi yang mengundi seseorang calon kerana ingin menyokong kerajaan, dia masih sentiasa berada di pihak yang menang.
Sebagai contoh, Ali adalah ADUN BN Perak, Pengundi kawasannya mengundinya kerana menyangka BN akan membentuk Kerajaan Negeri Perak. Akan tetapi BN kalah, Pengundi Ali kecewa kerana dia menjadi ADUN pembangkang, maka terdapat sedikit kesukaran untuk peruntukan itu ini. Wajarkah Ali melompat parti kerana Pengundinya hanya inginkan ADUN di pakatan yang menang?
Sebenarnya, Politik di Malaysia ini tidak mensyaratkan keahlian parti supaya ADUN itu membentuk pakatan yang membentuk kerajaan. ADUN BN perak, boleh sukarela menyertai Pakatan PAS-PKR-DAP tanpa keluar dari Partinya.
Akan tetapi perkara sebegini jarang terjadi kerana pasti ADUN itu akan dibuangkan keahliannya.
Dimanakah demokrasi?
Saya pasti ramai pengundi BN perak, mengundi BN hanya kerana "Nak Sokong Kerajaan".
Saya rasa perlunya ada "Akad" dengan pengundi ketika kempen pilihanraya.
Nyatakan awal-awal, samada taksub pada parti atau, ingin menyertai pakatan yang menang.
Nyatakan awal-awal, ADUN yang dipilih itu samada akan mengikut telunjuk Pusat Partinya atau tidak.
Di Negeri Perlis, ADUN PAS boleh menjadi exco dalam kerajaan Pakatan beberapa ADUN BN dan seorang ADUN PAS.
Jadi dalam senario politik Sabah sekarang ini, Banyak ketidakpuashatian timbul, Isu elektrik pun tiba-tiba timbul, Isu keretapi Usang pun timbul.
Banyak lagi.
Apa salahnya Ahli Parlimen Sabah menyertai Pakatan Rakyat tanpa Menyertai PKR.
ATAU
Ahli Parlimen Sabah keluar dari pakatan dengan BN, tanpa menyertai Pakatan Rakyat, untuk menafikan majoriti mudah BN.
ATAU
Ahli Parlimen Sabah Sarawak keluar BN dan membentuk 1 pakatan yang lebih besar daripada kerusi yang PKR menangi, pakatan itu menyertai pakatan Rakyat supaya Perdana Menteri adalah daripada kalangan Sabah dan Sarawak.
Pengundi Sabah telah memilih Ahli Parlimen Sabah untuk menentukan halatuju Sabah, kenapa tak membentuk pakatan yang lebih baik kalau pakatan dengan BN tidak menguntungkan?
Berpusing!!!!!!
Baru baru ini, 3 Presiden parti utama Pakatan rakyat telah menubuhkan pakatan rakyat. Ianya Bagi saya seolah-olah langkah meniru Barisan Nasional yang sedang runtuh itu.
Mengapa kita perlu meniru Langkah Barisan Nasional?
Walaupun tidak kedengaran perkataan "Satu logo" ketika kenyataan Pakatan Rakyat dtubuhkan.
Pada pendapat peribadi saya, saya lebih menyukai kesemua parti menggunakan logo masing masing.
Masih ingatkah lagi suatu ketika dahulu PAS dikecilkan apabila berada dalam Barisan Nasional, ketika zaman Tun Razak?
Begitu juga PPP, suatu ketika dahulu mempunyai banyak kerusi, tapi kini ianya seolah-olah lenyap dibawah Barisan Nasional.
Di Banyak negara lain, tidak pun parti-parti politik menggabungkan dirinya untuk menggunakan satu logo. Kenapa sibuk untuk mengsatulogokan Pakatan Rakyat?
Lihatlah Barisan Kabinet Sweden yang terdiri daripada banyak parti.
Memang ramai orang kampung terlalu bodoh untuk menilai logo, akan tetapi kita tak perlu memperbodohkan mereka. Mari kita cerdikkan mereka untuk memilih parti politik yang dia suka.
Sepatutnya Pakatan Rakyat menyanggah ROC , kenapa beberapa parti boleh menggunakan 1 logo parti tanpa Parti itu tidak dibubarkan atau tidak digabungkan.
Kalau benar Barisan Nasional nak menggunakan 1 logo, bubarkan UMNO, bubarkan MCA, bubarkan MIC, jadikan Barisan Nasional sebagai 1 parti berbilang kaum seperti yang dicadangkan oleh seorang genius dari gerakan.
Bagi saya, jika pakatan boleh berjaya, biarkanlah ia sebagai pakatan bukan parti politik gabungan. Mengapa perlu menghadkankan batas berpolitik, ahli-ahli parti politik di bawah Pakatan Rakyat? Mengapa perlu disahut cabaran Ali Rustam supaya meniru gagasan yang sedang runtuh?
http://sebolku.blogspot.com/2008/04/membarisannasionalkan-pakatan-rakyat.html
Berpusing!!!!!!
Pakatan Bluequil, Pakatan Firefox-ms ...Pakatan Rakyat
4/01/2008 02:39:00 PTG | Pakatan Rakyat, politikSelain ada nya "Pakatan" seperti Pakatan Bluequil dan Pakatan Firefox-ms, Kini Istilah "Pakatan" dipersetujui oleh pemimpin-peminpin PAS-PKR-DAP digunakan untuk menamakan pakatan Barisan Rakyat sebagai "Pakatan Rakyat"
Berpusing!!!!!!