Pada topik yang lalu saya mempersoalkan kenapa Sistem Pendidikan
masih memerlukan program tambahan diluar waktu sekolah yang mempunyai label UMNO, sedangkan Kementerian Pendidikan dikuasai mereka.
Maka datanglah askar-siber UMNO yang tak putus-putus mengatakan "jangan mempolitikkan pendidikan".
Agak lucu, kerana pendidikanlah yang menentukan masa depan generasi akan datang, tetapi ianya tidak boleh dipolitikkan mengikut ruanglingkup pemikiran mereka.
Ruanglingkup pemikiran mereka mungkin hanya menganggap politik itu samada sokong UMNO atau tidak. Tiada langsung memikirkan dasar atau kaedah yang lebih baik perlu diubah pada kerajaan supaya keadaan menjadi lebih baik.
Bagi saya Pendidikan memang perlu dipolitikkan, kerana ianya membentuk generasi yang bakal menguasai dunia akan datang. Bagi mereka pula mereka hanya mahu lahirkan generasi yang terus menyokong UMNO.
Jika mereka memang tidak mahu mempolitikkan pendidikan, tak hairanlah susah benar nak beri buku teks percuma. Bila ada sesiapa perkatakan buku teks perlu diberi percuma, mereka akan kata "Jangan mempolitikkan pendidikan".
Pendidikan percuma ialah janji politik Pakatan Rakyat. Agaknya mereka lebih suka pendidikan berbayar asalkan agenda Pakatan Rakyat tidak dilaksanakan kerana bagi ruanglingkup pemikiran mereka, "Jangan Politikkan Pendidikan".
Patutlah apabila Bahasa Pengantar bagi Sains dan Matematik ditukar, mereka berdiam diri kerana dasar "Jangan politikkan pendidikan".
Apabila Sampin pelajar Sekolah Agama berwarna hijau, mereka pun berkata "Jangan Politikkan Pendidikan", maka ditukarlah warna sampin itu ke warna hitam kerana fobia warna bendera PAS. Tidakkan itu tindakan mempolitikkan pendidikan oleh UMNO Melaka?
Bagi pembaca luar dari Melaka, Saya nak beritahu, Sekolah Agama di Negeri Melaka tidak dibenarkan menggunakan sampin warna hijau atas Ali Rustam.
Mungkin itu langkah sesuai untuk menggambarkan "Jangan mempolitikkan Pendidikan".
Tindakan Paklah menukar Kementerian Pendidikan kepada Kementerian Pelajaran juga mungkin hasil dari saranan "Jangan mempolitikkan pendidikan".
Sekarang ini, pelajar yang hendak menduduki peperiksaan seolah-olah ditekan dengan "Kelas Tambahan". 20 tahun dahulu, tidak pula kedengaran kelas tambahan yang begitu banyak. kemudian tidak cukup lagi dengan kelas tambahan perlu ada tusyen berbayar.
Sedangkan pelajar sekolah mempunyai banyak masa. Daripada darjah 1 hingga enam tidak mempunyai cukup masa untuk belajar disekolah?
Akan tetapi ada pula masa untuk belajar lukisan.
Perlukan belajar lukisan sepanjang tahun selama beberapa tahun?
Akan tetapi suatu ketika dahulu, pelajar sekolah rendah hanya memerlukan masa 5 tahun sebelum menduduki peperiksaan pernilaian darjah 5. Akan tetapi ketika ini 6 tahun belajar, masih tidak cukup masa nak belajar.
Jangan Politikkan Pendidikan , Kata Askar-Siber UMNO
7/08/2008 09:00:00 PTG | Pendidikan, politik, UMNOBerpusing!!!!!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Sekirannya pendidikan di politikkan maka tidak akan ada perpaduan di kalangan pelajar-pelajar, kerana masing-masing dipengaruh dengan sentimen parti yang berbeza-beza. Bukan kah melalui pendidikan lah, kita dapat membentuk generasi yang lebih baik daripada sekarang. Dengan mempolitikkan pendidikan nilai-nilai seorang rakyat Malaysia sejati tidak dapat diterapkan. Dengan pendidikan yang berpolitik maka lahirlah askar-askar mini parti, yang terpengaruh dengan sentimen parti tertentu.
dan..ada juga baik nya matapelajaran lukisan tu ada, ini kerana ia dapat merangsang daya pemikiran dan kreativiti pelajar. Dua elemen yang saya kira sangat penting dalam pembentukan dan pendewasaan pemikiran anak-anak kita.
Assalamualaikum semua,
Saya berpendapat bahawa pendidikan memang sepatutnya tidak dipolitikkan. Ini adalah amat jelas.
Kalaulah pendidikan dipolitikkan, habis timbul warga rakyat yang fanatik-fanatik dan juga pemprotesan di dalam institusi pendidikan, terumatanya di peringkat pengajian tinggi. Bukankah ini jelas kelihatan?
Tidakkah kalian semua lihat insiden-insiden di Indonesia sehinggakan pelajar IPT mereka sanngup melakukan tindakan di luar kawalan.
Mereka ini semuanya generasi yang akan membimbing negara mereka pada masa yang akan datang. Mereka sepatutnya menumpukan pelajaran dan memberi sumbangan kepada negara untuk pembangunan neagra, bukannya diterapkan nilai-nilai politik kepada minda mereka dengan harapan untuk membuka minda mereka terhadap keadaan politik semasa di tanahair kita.
Pelajaran sejarah telah membawa kita untuk mengenali peristiwa silam pembentukan parti-parti politik dan juga perjuangan yang diadakan oleh mereka mengikut peredaran masa.
Untuk membimbing anak-anak kita bersatu-padu diantara kaum dan bangsa, nilai-nilai rukun negara, prinsip serta dasar-dasar pentadbiran negara kita demokrasi berpelembagaan didedahkan kepada anak-anak watan agar mereka dapat menghargai dan menghayati kesepaduan rakyat kita yang menghormati bangsa dan agama yang berbeza fahaman dan budaya.
Janganlah kita politikkan pendidikan.
redbag:
Tak perlulah disempitkan maksud mempolitikkan pendidikan dengan takrifan politik kepartian yang sempit.
Isu pendidikan, waktu sekolah dll sememangnya selalu diutarakan diparlimen.
persoalan dasar dan perlaksanaan pendidikan perkarta biasa dibincangkan diparlimen.
itulah erti mempolitikkan pendidikan. Ianya satu langkah murni untuk memperelokkan pendidikan di Negara kita.
Kalau diikutkan pemikiran sempit kepartian, kenapa pula melatah sehingga kononnya pelajar yang berpolitik.
Keluarlah segera dari ruanglingkup pemikiran UMNO.
Apa erti orang UMNO berbuih-buih melaungkan "jangan mempolitikkan pendidikan" akan tetapi program melibatkan pelajar dibuat atas nama UMNO, sebuah parti politik.
Adalah dia bermaksud "UMNO tak mengapa, parti lain tak boleh" ?
Pecintakeamanan:
ruanglingkup pemikiranmu lebihkurang redbag. tak perlu saya ulas lagi.
Sekiranya mahukan perpaduan, kenapa diumnokan pelajar sekolah dengan program UPSR?
p/s: Cyber trooper UMNO, sila nyatakan cawangan atau bahagian supaya senang, Ali Rustam nak tengok.
heh
Hasbullah Pit,
Saya bukan ahli UMNO untuk pengetahuan anda. Tetapi untuk mempolitikkan pendidikan, ini saya tidak beberapa setuju.
Adakah ianya akan memperelokkan pendidikan di negara kita? Jikanya ia benar, sudah lama Bapa Pendidikan (Tun Abdul Razak bin Hussain) kita melakukan sedemikian.
Ataupun, anda hanya mahu berbuat demikian hanya untuk kepentingan parti politik anda semata-mata?
Kalau UMNO berbuat demikian, perlukah parti anda juga berbuat demikian? Bukankah itu sama sahaja?
Negara kita mempunyai bangsa dan agama yang berbeza. Kepentingan sesama mereka perlu dihormati. Kalau pendidikan dipolitkkan, akan ada pihak yang cuba menyeleweng anak-anak watan kita ke arah fahaman parti politik mereka yang radikal dan kesannya mungkin akan tercetusnya insiden seperti 13 Mei 1969.
P/S: Cyber trooper PR, sila nyatakan cawangan atau bahagian anda. Senang skit Anwar nak beri penghargaan kepada anda atas jasa-jasa anda berjuang di alam siber.
HA HA.
Sdra Sebol..
Tidak ada soal Program UPSR diumnokan..
Itu hanya soal usaha puteri yang tak perlu dipandang sempit oleh pihak pembangkang...kami baru shja mulakan usaha yg baik ini.
Utk pengetahuan sdra Sebol, saya sendiri menghantar (ambik di hadapan rumah dan bawa ke al falak) anak seorang ahli PAS dikampung saya. Ibunya sndri yang masukkan beg anaknya dalam bonet kereta saaya..Ibu dan bapanya gembira ada pendedahan peperiksaaan yang baik buat anaknya..
Ini bukan soal Parti.. ini soal aku, engkau dan si Polan..si Polan... kita semua adalah pemimipin, Bila kita jadi pemimpin, maka kita kena selalu muhasabah diri.. yang baik kita jadi tauladan... yang buruk dijadikan sempadan...
Saya sendiri bagitau kepada puteri-puteri saya supaya buat program yang boleh dimanfaatkan kepada orang / masyarakat keliling kita.
saya takpun meletakkan syarat hanya org UMNO sahaja yang boleh mendapat manfaat dari program kami...
Apapun saya menghargai segala pandangan saudara Sebol..
p/s dari gaya bahasa yang ditulis..memang benar pencintakeamaanan bukan org UMNO..
itu hasrat yang lahir dari hati yg ikhls ttg anak bangsa kita...(i guess?)..
Saudara Sebol,
sekiranya anda merasakan bahawa pendidikan ada baiknya di politikkan maka akan wujudlah apa yang telah dirasai oleh Malaysia sejurus lepas merdeka.
Perbincangan mengenai isu pendidikan di parlimen tidak bermaksud pendidikan dipolitikan, tetapi parlimen adalah tempat dimana segala law dibuat, maka tidak salah jika pendidikan dibincangan di situ.
Sekiranya saudara merasakan UMNO melakukan benda yang salah jadi mengapakah saudara atau parti yang lain perlu mengikut jalan yang sama.
politik ler tu kalo ada logo parti (tanpa sedar atau buat-buat tak sedar), kalo tak de logo parti baru bukan politik... alangkan signboard pembinaan pun dipolitikkan...
kalau dubur orang juga boleh dipolitikkan, apatah lagi dengan pendidikan?
Apapun saya tetap setuju dengan pecintakeamanan..Memang pendidikan tak patut dipolitikkan..Saya rasa hal ehwal pendidikan yang dibincangkan di dewan Parlimen bukanlah atas kepentingan politik atau dipolitikkan.Hal ehwal pendidikan hanya salah satu perkara yang harus diambil berat oleh kerajaan supaya pendidikan negara ini bertambah baik.Tapi cara penyampaian Tuan Hasbullah tempohari macam 'menjadikan' pendidikan suatu perkara yang dipolitikkan sebab Tuan ada sebut nama parti dalam kenyatan Tuan tu...
Jangan politikkan pendidikan..Jangan politikkan pendidikan...Jangan politikkan pendidikan...
Tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi,
Mana suatu perkara dalam sesebuah negara langsung tidak kena-mengena dengan politik sesebuah negara. Sistem Pentadbiran sesebuah negara terdiri daripada kementerian-kementerian pemerintahan yang diwujudkan serta diketuai oleh menteri-menteri,yang terdiri daripada orang-orang politik yang berparti-parti yang menang di pilihanraya!Sistem ini telah dipraktiskan selama ini yang biasanya dikenali sebagai sistem pentadbiran awam kerajaan demokrasi yang berpilihanraya...!Tak semestinya berparlimen walaupun bangunannya wujud tinggi-tinggi..!
Sistem ini tidak pernah atau tidak perlu dikaji atau dipersoalkan...hanya segala "Dasar-dasar/Polisi-polisi pemerintah" yang dibentangkan perlu dibahas, dipersoal, dipertikaikan , kadang-kala dimansuhkan selagi ia tidak mencapai "matlamat" yang sebenarnya..!Semua ini akan berlaku di Dewan Rakyat..!Kalau ia benar-benar berlandaskan "Sistem Kerajaan Demokrasi Berparlimen"...!
Orang-orang politiklah yang dipilih Rakyat sama-ada yang memerintah atau diperintah telah/mungkin pegang jawatan pemerintahan seperti menteri-menteri..perlulah menjadi Wakil Rakyat di Dewan Rakyat..bukanlah jadi wakil parti/wakil kabinet...(Inilah yang jadi Susah dierti dipraktis.sebab peranan bertukar-ganti tapi manusia yang sama shj)kepada Rakyat menjelas/membahas/membela..segala persoalan yang wujud atau isu/masalah yang tiba-tiba muncul..selagi perkara "Berkepentingan Rakyat" dibentang.diusulkan...di Dewan Rakyat...Kerana Dewan ini adalah Dewan Rakyat..bukanlah Dewan Parti/Dewan Kabinet..!
Penjelasan ,perbahasan, pertikaian yang bernas dan kritis sesama Wakil Rakyat berkaitan perkara tertentu berasaskan pada kepentingan Rakyat barulah dapat wujudkan "sesebuah negara kerajaan demokrasi berparlimen ". Hanya dengan inilah, Dewan ini mencapai fungsinya sebagai Dewan Rakyat bila membuat "Undang-undang" di negara ini ....bukan fungsinya membuat undang-undang bagi menyebelah/menguntungkan pihak "pemerintahan' semata-mata...!
Sekiranya minda-minda cerdik-pandai yang tak pernah comel orang-orang politk di Dewan Rakyat ini berfikiran hanya pada" Kepentingan Rakyat" bagi segala isu-isu semasa,kini dan akan datang,percahalah akhirnya ia hanya akan menguntungkan rakyat seluruh Malaysia...!
Macam ini, Orang-orang yang keluar dan ingin dipilih sebagai "Wakil Rakyat" barulah benar-benar akan disanjungi, disayangi..diingati serta dihormati...seluruh Rakyat Malaysia selama-lamanya ...malahan di seluruh dunia...!
Sedihnya..kini..tak ada....!
Pendidikan perlu dipisahkan dari politik.
Anak-anak kita juga yang rugi. Hidup dan belajar dibawah konkongan politik.
Benda yang baik-baik tidak lah perlu kita burukkan terutama sekali jika ia melibatkan pewaris bangsa dan negara kita.
sebol,
aku masih ingat doktrin kat sekolah yang memuji penswastaan & projek mega. selalunya dalam bentuk soalan esei bahasa Melayu. doktrin ni kalo bukan pak menteri yang letak dalam buku yang dah tentu diluluskan di peringkat kabinet, aku rasa aku tak ingat pun sampai saat ini.
mungkin ada yang lupa didoktrinkan melalui sistem pendidikan agaknya...
aku nak gelarlah - doktrin puji-pujian.. owh ye.. dalam buku terbitan sekolah adik aku ada puji Islam Hadhari!
Puan Emy:
Saya tidak menuduh program itu memilih peserta berdasarkan parti.
Akan tetapi, sebagai parti pemerintah berkuasa terhadap kementerian pelajaran, sepatutnya boleh ada langkah yang lebih menyeluruh bukan jenis "extra time" dimana melibatkan pula parti politik.
Redbag, Jefri & Powerlogic:
Mengapa terlalu takut untuk politikkan isu pendidikan? seolah-olah politik itu sesuatu yang terlalu hina.
Adakah persekitaran politik sekeliling saudara bertiga terlalu kotor?
suealeen:
nanti saya kaji.
Saya sendiri bukanlah expert dalam hal pendidikan, tetapi saya setuju juga jika hal2 seperti pendidikan tidak digunakan utk kepentingan politik masing2. Ini isu pembangunan insan di negara ini, kalau pemipin pun sesama bergaduh, perlu difikirkan siapa yang akan kerugian. Anak2 kita juga. Jadi tak kiralah, parti apa2 pun, kalau ada apa yang baik eloklah sama2 diusahakan. Janganlah pula benda yang baik dan ok yang di-propose kerajaan dibantah atau diperlekeh parti PR hanya semata tidak sama parti. Itu saje.
Dan bab cybertrooper itu tak perlu la, pantang je ada yang kata benda pasal BN teru saje dilabel cybertrooper. Yang penting adalah cara perbincangan itu berbentuk membangun.