Penglibatan UMNO, dan jentera UMNO dalam aktiviti pendidikan akademi diluar waktu sekolah , dari luaran nampak baik. Kelihatan seperti nak membantu masyarakat.
Suatu ketika dahulu, Pemuda UMNO pun buat tusyen. UMNO itu UMNO ini buat itu ini.
Puan Emy dengan bangganya mengatakan Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR 2008 telah berjaya.
Maka Penyokong UMNO akan mengatakan UMNO lah yang baik.
Tetapi, mereka lupa, Menteri Pendidikan juga orang UMNO, berkuasa menentukan dasar pendidikan dan pengkaedahannya.
Mengapa Sistem Pendidikan di Malaysia memerlukan sayap parti politik untuk dijayakan?
Mengapa tidak Sistem Pendidikan di sekolah direka supaya tidak memerlukan tusyen?
Ianya seolah-olah satu agenda untuk melemahkan sistem pendidikan, dan kemudian adanya "UMNO" untuk menyelamatkannya.
Bukankah teknik menjawap soalan UPSR boleh diajar disekolah di dalam waktu sekolah?
Mengapa perlunya sesi lain melibatkan sayap parti politik yang memerintah untuk menampal kebocoran pada sistem pendidikan?
Mengapa tidak Puteri UMNO menyatakan dengan jelas kepada Menteri Pelajaran bahawa mereka mahukan sistem pendidikan yang tidak perlu ditampal?
Bagi mereka BN mampu memerintah, akan tetapi menyediakan kekoyakan untuk ditampal oleh sayap parti politik pemerintah.
Kalau parti politik bukan UMNO menyediakan tusyen, ia adalah langkah untuk menampal kekoyakan pada sistem pendidikan yang dikawal oleh menteri UMNO.
Kalau UMNO menyediakan tusyen, ia menunjukkan cacat cela pada sism pendidikan yang dikawal oleh Menteri Pelajaran UMNO.
Dalam erti kata lain, Puteri UMNO Masjid Tanah mengesahkan Sistem Pendidikan dibawah Hishammudin ada cacat celanya.
Itu yang dipanggil oleh mereka "Mampu memerintah".
Penglibatan UMNO Dalam Pendidikan Akademik Di Luar Waktu Sekolah
7/08/2008 08:08:00 PG | Masjid Tanah, Pendidikan, UMNOBerpusing!!!!!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
alah sebol, ada lah jugak usaha diorang nak tolong. Aik buat salah.duduk diam salah. Berpusing? Pinjam kata sebol. Kadang2 tak boleh salahkan jugak menteri. Kadang2 ramai chegu yg jadi chegu kerana terpaksa.tada semangat serta karisma nak mengajau budak. Dah tu. Ajar lebih kurang. Dasar ok, pelajaran ok. Tp pendedahan pihak sekolah kurang. Kurang latih tubì. Mak ayah x ambil peduli. Dgn orang keliling yg ramei mcm saudara seb yg selalu komen tp x main peranan mrk sndri sbg bapak,mak,atau penjaga. Yg selalu salahkan chegu, takpun pentadbir sekolah.hek hekhek agak2 anak sebol ni pandai2..
alah sebol, ada lah jugak usaha diorang nak tolong. Aik buat salah.duduk diam salah. Berpusing? Pinjam kata sebol. Kadang2 tak boleh salahkan jugak menteri. Kadang2 ramai chegu yg jadi chegu kerana terpaksa.tada semangat serta karisma nak mengajau budak. Dah tu. Ajar lebih kurang. Dasar ok, pelajaran ok. Tp pendedahan pihak sekolah kurang. Kurang latih tubì. Mak ayah x ambil peduli. Dgn orang keliling yg ramei mcm saudara seb yg selalu komen tp x main peranan mrk sndri sbg bapak,mak,atau penjaga. Yg selalu salahkan chegu, takpun pentadbir sekolah.hek hekhek agak2 anak sebol ni pandai2..
Assalamualaikum semua,
Sistem pendidikan di sekolah direka untuk tidak memerlukan tusyen kerana tusyen hanyalah suatu kelas intensif tambahan untuk pelajar yang merasakan diri mereka ingin meningkatkan pencapaian dir mereka di dalam bidang akademik yang dianggap masih kurang memuaskan.
penglibatan UMNO dalam pendidikan aktiviti sekular di luar waktu sekolah hanyalah untuk membantu pelajar-pelajar yang kurang pandai serta tidak berkemampuan untuk dalam menghadiri tusyen yang berbayar dari segi kos perkhidmatannya. Tidak perlulah bersangka buruk terhadap niat baik orang.
Sekiranya benda itu adalah benda yang baik untuk dilakukan, mengapa mesti mempersoalkan kebaikan yang dilakukan olehnya?
Mengapa tidak sahaja pakatan rakyat mengadakan aktiviti sedemikian? Semestinya orang ramai akan lebih menghargai jasa-jasa dan tindakan baik yang dilakukan oleh PR.
Ini bukan persoalan lemah pendidikan ataupun tidak. Ini adalah isu untuk meningkatkan tahap pendidikan warga-warga muda dan generasi muda secara umunya di dalam negara.
Isu pendidikan tidak perlu dipolitikkan untuk kepentingan peribadi. Tidak kira parti politik mana sekalipun, janganlah mempergunakan kelemahan di dalam sistem pendidikan negara kita untuk menuding jari atas kepentingan politik semata-mata.
hello semua.
Isu pendidikan adalah lebih baik jika tidak dipolitikkan, ini kerana pendidikan bukannya sesuatu yang wajar dimainkan mengikut sentimen dan kepentingan sesetengah pihak. Pendidikan adalah tangga dan tali yang merapatkan jurang yang lahir dalam masyarakat kita. Tidak kira lah yang miskin atau kaya, ataupun yang berlainan bangsa. Dari pendidikan, mereka mampu mempelajari ilmu tanpa disulami oleh kepentingan sesetangah pihak.
Langkah UMNO untuk melibatkan diri dalam aktiviti sekular di luar waktu sekolah bukannya kerana mereka ingin merekrutkan pelajar-pelajar ini untuk menjadi ahli atau apa, tetapi kerana atas kesedaran yang wujudnya pelajar yang kurang berkemampuan.
Mereka ingin menolong sekadar mana yang mampu agar tidak ada generasi muda yang ketinggalan untuk merasai peluang yang sama seperti yang lain.
Semua perkara nak dipolitikkan.Hal berkaitan pendidikan pun nak dipolitikkan..Apa? Dah takde modal lain ke?Suka sangat tengok sustu perkara tu dari sudut yang negatif..Bila berkaitan dengan UMNO je, tak elok, tak bagus, buruk..Seeloknya bab2 pendidikan ni tak payah la dipolitikkan...
Di Malaysia ni apa yang tak dipolitikkan? Masa untuk berubah!
UMNO memang suka politikkan semua benda.
Bukan sebol.
kesian budak-budak sekolah.
Pakdi
http://www.pakdi.net/my
Saudara-saudari yang dihormati,
Mana suatu perkara yang wujud tak kena dengan pemerintah sesebuah negara..! Mana ada suatu program/projek rakyat yang diperancangkan dilaksaankan bukan berlandaskan niat yang murni kepada bangsa dan negara..!
Soalnya..pertubuhan/organisasi yang dipertanggungkan lazimnya berlogokan lambang-lambang..parti pemerintah...mungkin atas sebab peruntukan yang diberi/ditaja bagi sesuatu Program/projek oleh pemerintah, tersebut..Sekiranya gagal..selalu salahkan pertubuhan..!kalau pun berjaya..kreditnya sentiasa dikait-rapatkan dengan..parti-parti politik..!
Tak ada masalah kalau banyak pihak banyak usaha dilakukan dikorbankan dirancangkan untuk kebaikan anak-anak bangsa dan negara bagi segala program... walau apappun Niatnya.!Yang menjadi ASASnya adalah minda dan usaha yang disemai benar-benar bagi kebaikan ,kepentingan bangsa dan negara..bukan hanya kepentingan bagi menarik sokongan kepada ..parti-parti politik tertentu..!
Mungkin ,ia tidak menjadi masalah/isu sekiranya..pertubuhan sukarelawan yang wujud yang beramanah teguh pentadbirannya yang telah sekian lama dihormati dan dipercayai sedia membantu/memberi khidmat murni kepada masyarakat..walaupun mendapat tajaan/sokongan kewangan pihak pemerintah....Sekiranya, usaha murni dan niat yang benar yang disemai kini tentu dapat diketahui serta dirasai oleh anak-anak bangsa negara, tentu sekali dapat sokongan mereka yang benar dan jitu tak kira apa parti-parti tersebut...!Kerana segala yang diusaha dirancang dilaksanakan adalah untukk Bangsa dan Negara..Malaysia!bukan untuk parti-parti politik semata-mata...walaupun sesebuah pemerintahan negara diwujukan daripada parti-parti politik tertentu..!
Percayalah, "Wang/Kuasa" yang diberi kepada pemerintah oleh Rakyat perlu diberi balik kepada Rakyatnya...bukan bagi sesetengah pihak yang berkait-rapat sahaja..! Amanah dan Kepercayaan pemerintah yang tak pernah diragui barulah dapat Sokongan Jitu Rakyat bila Cabaran / Bencana tiba-tiba muncul..!Kalau tidak , inilah yang berlaku kini...!
Bangkitlah semula Malaysiaku tercinta ini..!Kerana mu Malaysia ,doakan mu Aman, damai , maju, makmur dan bersatu-hati..selama-lamanya...!
Salam.
Kepada rakan pembaca yang dihormati sekalian.
Benarkah isu pelajaran tidak perlu dipolitikkan? Maka soalan ini berbalik asal kepada Kementerian Pelajaran dan sudah pastilah kepada kerajaan itu sendiri.
Sebelum ini Kementerian Pelajaran dikenali sebagai Kementerian Pendidikan.Sedangkan dari sudut makna pengistilahan,kata Pendidikan jauh lebih tepat dari Pelajaran.Kerana yang dididik adalah perkembangan rohani seseorang bukan hanya tertumpu pada perkembangan otak.
Rata-rata ulamak silam mengaitkan yang rohani bersangkut paut dengan jiwa,jasmani dan aqal.
Politik,bukan sekadar teknik menguruskan sesebuah negara tetapi adalah teknik mengawal kuasa yang tidak terhad penggunannya supaya disalurkan dan digunakan pada tempatnya yang betul.
Hairannya kerajaan telah mencemarkan sistem pendidikan dengan mempolitikkan pendidikan.Isu yang disebut oleh abg hasbullah hanya sekelumit yang terpacul disorokkan oleh kerajaan selama ini.
Kita lihat mata pelajaran sejarah misalnya.Betapa kerajaan menekankan yang tanah air kita ini merdeka dari belenggu kekejaman penjajahan hasil dari meja rundingan dan pena.Dengan keamanan dan pendamaian dengan hemat dan hikmahnya Tunku.
Bukankah ini satu sejarah yang diselewengkan? Saya tidak menafikan usaha Tunku itu dan saya berterima kasih kepadanya,kerana Tunku saya kini seorang anak merdeka.
Padahal rentetan pemergian Tunku ke Britain hanyalah kesan dari darah dan air mata orang-orang melayu.Malah idea kemerdekaan kita adalah hasil dari ulama-ulama muda yang menuntut di Universiti Al-Azhar yang terkesan dari Sheikh Muhammad Abduh dan Sayyid Jamaluddin Al-Afghani.
Malah lebih awal dari itu,penemuan saya mendapati yang proses kemerdekaan kita sebenarnya bermula dengan peperangan mengembalikan kesultana melayu melaka bermula tahun 1511 dahulu.
Jadi apabila kemerdekaan difokuskan kepada tarikh dan peristiwa yang berlaku dari tahun 1940 hingga 1957 bukankah ini satu mainan politik yang mahu mendoktrinkan pelajar-pelajar kita?
Andai pendidikan hanya dipandang pada sekolah sahaja maka kita sebenarnya menjumudkan keluasan pendidikan itu sendiri.Bukankah PLKN beberapa tahun yang lepas dengan bangga dan zalimnya menzahirkan yang anak Tuan guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nik Adli sebagai pengganas?
Sedangkan kesalahannya itu tidak dapat dibuktikan dan penlimbatan Nik Adli bersama tentera Mujahidin Afghanistan adalah hasil dari ucapan Tun Mahathir sendiri.Tun marah dengan tindakan Soviet kerana menyerang Afghanistan dan meminta umat Islam seluruhnya membantu Afghanistan sedaya mungkin.
Bukankah itu tanggung jawabnya sebagai saudara seislam yang belajar di Pakistan?
Jadi Nik Adli dipolitikkan sedangkan ianya tidak terbukti keganasannya.Dan ini diterapkan dalam salah satu modul pelajaran di PLKN.
Benarkah pelajaran tidak boleh dipoltitkkan? Sebenarnya asalkan yang bermain itu UMNO semuanya halal.
Salawat