Alamat blog

 Najib telah membentangkan bagaimana 7 bilion diperuntukkan untuk merancancakkan ekonomi. Juga Pemcarum KWSP akan diberi pilihan untuk kurangkan caruman supaya lebih wang berkitar dipasaran. Anggaran lebihan 4 bilion duit ditangan rakyat untuk dibelanjakan.


Ini kata najib.

"Bila saya kata budget pembangkang "menguncup" ini saya bukan berbohong. Angka-angka tersebut ada di kertas ini," katanya sambil menunjukkan dokumen yang mengandungi fakta tersebut.

"Mereka mencadangkan bahawa bajet operasi Pakatan Rakyat sebanyak RM130.345 bilion berbanding budget kerajaan berjumlah RM154.172 bilion, dengan perbezaan kira-kira RM24 bilion," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan penggulungan perbahasan Bajet 2009 di Dewan Rakyat.
Dalam dunia ekonomi, sebenarnya tiada siapa yang boleh dakwa mereka betul. Di Malaysia, teori berbelanja untuk rancakkan ekonomi begitu popular. Ianya sesuai untuk tangani kelembapan. Tapi buat seketika waktu.

Serupa macam penurunan kadar faedah, ramai berbelanja, ekonomi rancak, tapi poket rakyat kosong.
M3 naik.

Orang yang tidak mampu beli kereta, terasa mampu beli kereta dan beli kereta. 15 hb semua pening kepala.

Mari kita kaji nilai perbelanjaan mengurus PR 130b dengan BN 154b.

Nilai BN ada lebihan 24b untuk dibelanjakan oleh kerajaan dan menguntungkan kontraktor dan pembekal.

Tetapi belanjawan BN adalah defisit. Kalau defisit mengapa tak jimatkan perbelanjaan mengurus?

Apa yang saya nampak, ekonomi dilihat oleh "pakar ekonomi" mesti meningkat, tak kiralah pendapatan atau perbelanjaan semua mesti meningkat.

Jika negara boleh menjimatkan 24 bilion daripada perbelanjaan mengurus, dipendekkan cerita ianya hanya pengurangan kecil daripada perbelanjaan mengurus tahun sebelumnya.

Tahun lepas 2007, pegawai kerajaan terpaksa habiskan peruntukan.
Tahun 2008 pula ada arahan kepada pegawai kerajaan supaya kurangkan berbelanja walaupun pada awalnya kelihatan seperti duit cukup banyak.

Mengapa perlu 2009 berbelanja lebih daripada perbelanjaan 2008 dan 2007?


Perbelanjaan mengurus 2007 hanya 112 bilion. (sumber kementerian kewangan)
Jauh lebih rendah daripada perbelanjaan mengurus BN 2009 (154b), dan PR 2009 (130b)

Daripada 112 b perbelanjaan mengurus 2007, kalau ekonomi berkembang 6%, perbelanjaan mengurus 2008 sepatutnya lebihkurang 6% juga meningkatannya.

Jadi, 112 + 6% = 118 bilion , sepatutnya perbelanjaan mengurus 2008 ialah 118 bilion.

kalau KDNK 2009 meningkat 6 % (walaupun sebenarnya tidak),
118 + 6% =  125 bilion.

Macam mana Anwar boleh kata 130 bilion? Najib pula 154 bilion?




Berpusing!!!!!!

8 komen

  1. cencurut // 5 November 2008 9:56 PG  

    Biasa la... memasing nak menang...

    Yang gua tau... kalu defesit tue.. maknanya.. kerajaan takder duit tapi nak joli berlebihan...

  2. Nafisah // 5 November 2008 4:25 PTG  

    Entahlah. Bab-bab ekonomi ni saya slow sikit. Pakcik Sebol rasanya hebat dalam bidang ni. Bagus juga pakcik Sebol ceritakan berkenaan isu ni lebih lanjut...

  3. Nafisah // 5 November 2008 4:25 PTG  

    Entahlah. Bab-bab ekonomi ni saya slow sikit. Pakcik Sebol rasanya hebat dalam bidang ni. Bagus juga pakcik Sebol ceritakan berkenaan isu ni lebih lanjut...

  4. Tanpa Nama // 5 November 2008 10:54 PTG  

    Camana? sebab perkataan "KALAU" yg tn sebol sendiri gunakan.

    112413

  5. Hasbullah Pit // 5 November 2008 11:38 PTG  

    112413:

    Tak semestinya perbelanjaan mengurus mesti ikut sebijik2 KDNK.

    2007 = 112b
    2008 = 128b (kenaikan 14%, walhal KDNK tak sampai 6%)

    kalau kita kira kenaikan 0% berbanding 2008.
    2009 sepatutnya, 128 bilion juga lah.

    tapi Anwar & Dr Dzul propose 130, boleh dikira hampir juga dengan 128.

    Najib propose 154.
    Tak masuk akal.

  6. 4 a BeTTer W0r1d // 6 November 2008 12:35 PG  

    Baguslah saya tengok mereka berbahas tentang hal ini. Walaupun saya tak tahu siapa betul, tetapi at least ada yang suggest dan ada yang membantah. kalau dulu , kerajaan bentangkan sesuatu, tetapi tak ada pembangkang yang kuat untuk memberi pendapat lain. kalau kerajaan buat salahpun kita tak tahu.

    Bagi hal-hal ekonomi ini, biarlah pakar-pakar yang tentukan..

  7. Abu Alfateh // 6 November 2008 10:32 PTG  

    Bajet menguncup vs bajet kembang vs bajet maintain...

    Saya yg rabun ekonomi nie boleh buta terus...Mana lebih baik :

    1) takdak duit, simpan
    2) takdak duit, belanja
    3) takdak duit, tak payah belanja n simpan..?

  8. Tanpa Nama // 7 November 2008 12:45 PG  

    hehe, sebenanya takde sapa yang menang, takda sapa yang kalah, tapi yang pastinya dua2 taknak kalah.Tak kiralah berapa nilainya kalau dah defisit, defisit jugak.Defisit nih bermaksud kerajaan kutip cukai sedikit tapi mahu berbelanja besar, lebih daripada cukai yang dikutip.Perbelanjaan besar ini biasanya dilaksanakan kerana kerajaan mahu memesatkan lagi ekonomi negara terutama sekali menjana ekonomi sektor2 tertentu.

    Memandangkan cukai yang dikutip tidak cukup untuk mebiayai perbelanjaan besar ini,kerajaan akan isu beberapa instrumen seperti MGS,T-bill dan sebagainya untuk mengutip duit.Dipendekkan cerita,kesan daripada tindakan di atas,risiko kenaikan interest rate serta inflation rate akan bertambah,yang akhirnya mengundang kepada kenaikan harga barang.Setahu saya,tugas utama BNM adalah untuk memastikan kadar inflasi berada dalam tahap terkawal,dan sekiranya budget ini dibuat di bawah pengaruh BNM,faktor inflasi sudah pasti sudah diambil kira,dan budget ini sepatutnya tidak ada masalah.Tapi itulah,di Malaysia ini semuanya telah dipolitikkan,saya rasa sekiranya Bugget ini dilaksanakan di bawah kuasa BNM 100% dan bukan di bawah kementerian kewangan,pasti tidak akan timbul masalah politik ini,biar sahaja BNM tentukan mahu kurangkan atau tinggikan budget sekiranya perlu.Apabila isu ini dipolitikkan dan melibatkan reputasi orang-orang tertentu,isu pokoknya sudah pasti ialah "aku nak menang",padahal kedua-dua belah pihak pun tidak ada data yang tepat untuk menyokong pendirian masing2.